Harap baca dan faham.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Manusia biasa memang buat salah. Mana ada manusia biasa macam kita ni tak pernah buat salah walau sebesar zarah. Pasti ada sekali pernah terbuat salah. Normal. Bukan nak marah sebab pernah buat salah. Tapi, marah sebab tak sedar diri buat salah, dan tak terasa untuk mintak maaf. Bukan nak berdendam sebab perkara yang dah sangat sangat lama terjadi. Tapi, terkilan sebab sepotong kata maaf tak pernah langsung terdengar, ataupun terbaca kat mana mana. Bukan nak melepas geram, tapi sakit hati jugak walau dah bertahun. Bukan senang nak terima kenyataan yang diri kena tipu. Senang cakap untuk jangan berdendam, maafkan saja. Tak sesenang bercakap bila terhempap kat diri sendiri. Tanggung rasa sakit hati, tanggung rasa marah, tanggung rasa tertipu, tanggung macam macam soalan dalam kepala. Sumpah susah. Betul, ada hikmah benda tu jadi. Tak nafi pun benda tu. Tapi, tipu kalau tak terkilan bila terfikir kenapa benda tu jadi. Atas dasar apa benda tu terjadi. Kenapa buat macam tu. Sendiri dok tanya, sendiri jugak dok jawab. Orang yang memulakan tak pernah sekalipun nak mengeluarkan kata kata maaf. Malah, pertanyaan dibiarkan macam tu ja. Kalau ada salah, lebih baik kita jujur. Senang cerita. Boleh tutup kes. Jangan diam tapi balas dengan cara lain. Tu nama dia tikam belakang. Dekati orang secara perlahan tapi tikam diam diam. Sebijik. Sebijik macam duri dalam daging. Tu nama dia pengkhianatan. Sapa boleh senang senang terima? Sekali pun boleh, pasti rasa marah terbit walau sekelumit. Persoalan kenapa mesti diri ni? Kenapa? Pernah diri ini menyakitkan anda? kiranya pernah, jujur terus. Cerita depan depan. Tak payah tunjuk cara lain. Tak payah jadi hipokrit. Orang tak suka. Tupai yang selalu dok lompat tu pun tetap akan jatuh ke tanah jugak. Ni kan manusia. Takkan selamanya boleh sorok kan? Bertopeng bertopeng jugak lah, tapi bila dah tertanggal topeng tu, tak boleh ka nak sebut perkataan maaf tu walau sekali? Susah sangat ka? Cerita dia senang, mintak maaf, pasti akan dimaafkan. So simple. Tak kena marah la kalau cakap baik baik, jangan jadi batu. Kalau betul betul batu takpa, kita tau batu memang tak boleh bercakap. Ni manusia. Sumpah, memang dah lupa benda yang lepas tu. Memang dah maafkan dah pun sebenarnya. Cuma teringin jugak la nak dengar pengakuan tu dari mulut sendiri, bukan dari orang lain dengan cara lain. Nak tau jugak sebab buat macam tu. Sapa tak teringin nak tau sebab bila berdepan jarang bertegur.bila berdepan tidak serapat bertopeng. Bukan nak mengaibkan pun. Cuma tak tau nak sampaikan macam mana. Harap bila baca tu, faham la kot. Bukan mengharap cuma menyampaikan ja. Kalau nak terus jadi batu pun, jadilah. Semoga bahagia. 

Kenapa sembunyi diri sendiri sedangkan kita ada identiti? Kenapa guna topeng sedang kita sempurna.

Thanks for reading.

Loves,
EikaSharif


~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

Kesekian kalinya...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Apa khabar semuanya?? Hahaha sekian lama xberupdate blog ni, akhirnya.. Ini saatnya, ini detiknya ika berkesempatan nak update.. Gila laamaa... dah bersawang bagai dah blog ni.. Ingatkan blog ni dah dengan secara sendirinya menamatkan riwayat, rupanya masih ada harapan lagi... :)

Okay, actually ika dah hampir nk stop tulis kat blog and nk delete je blog ni. Plus, i already told to Encik A tau nk delete.. But... but.... Erm, sorry sayang, i just can't..

Sebabnya.. sejak dua tiga menjak lepas.. Maklumla musim musim bebudak STPM dgn Matrik nak masuk U ni kan.. ihik.. Welcome ebelibadi.. ^_^ welcome to University World... Prepare yourself physically and mentally.. it a must you know! eh,, haa.. sejak sejak tu, ramai pulak yg mengomen sampai send msg lagi dkt fb ika tanya pasal sijil spm yg hilang...

Maklumla.. sy ni haa pernah menghilangkan benda yg paling penting untuk masuk u tu haa... adehh.. Jadi, terasa la serba sikit bergunanya jugak update blog ni.. hehe So, pada mana mana yg komen dkt post tu, ika x reply.. sorry la yee.. bukak guna phone je, phone pulak sekarang ni dok mintak penampor aje kejanya.. Yg mana msg kt fb, sempatlah ika reply.. smoga anda berjaya! Dah masuk pn kn sekarang? dah seminggu dah pn..

Okay, dah.. stop kat situ.. sekarang time for me nak melepaskan kerinduan terhadap blog ni.. hihi ^_^v

Pejam celik pejam celik.. Harini genaplah seminggu ika dekat UiTM Shah Alam ni untuk semester yg ke-3.. Teehee.. ^_^v Woohhooo... Dah masuk 2nd year dah.. kejap pulak rasa. Tapi, bila pikir pikir lagi 5 sem lagi nk hadap, errr...

Dann.. dann... bila dh masuk sem 3 ni, maksudnya dah habis la setahun ika dekat shah alam ni kan.. anddd... maksudnya kt sini.. maksudnya.. ika pn dah nak masuk setahun la dengan Encik A tu.. hehe
well, well.. we're start one month after the 1st semester began. hehehe

Ooo.. Sem 3 ni, rumet ika budak final sem kot.. Gila ahh.. Busy je memanjang. Xlekat kat bilik ni haa.. Bilik ni dah macam ika duduk sorang sorang je.. haha Tapi, okay jugak sometimes tu bila dapat privacy nak study. Huiiyyoo... study,, haha.. Sem ni kena prepare lebih sikit lah.. Subjek semua dah makin menunjukkan taringnya.. Cerita dia, sem lepas pun mintak Encik A ajar..

Tulaa.. gatal sangat nak teruskan dalam bidang akaun ni. Last last sendiri yg rasa sakit.. haha Nasib ada Encik A. blh tlg kite score kite punya paper akaun.. Terima kasih sejuta kali sayang.. ^_^

Okay lah.. cukup kot setakat ni.. Bukannya ada readers sgt pn.. bye bye everybody.. have fun on your Hari Malaysia tomorrow!! oohh, tahniah jugak buat Malaysia yg dah menang 2-0 eh dgn Myanmar? hihi Proud to be Malaysian.. :)

Haa, bosan tak malam malam ni? Ika pun asalnya bosan jugak tadi, tapi.. tiba tiba je dpt msg dari Sony pasal Ultra Launch utk Xperia Z tu.. Dia bagi link ke page dia la kn.. Quite nice you know.. Macam main game.. cutee gila.. haha Jom la try sekali..  And, you need your mouse for this cute game! Check out at Xperia Z Ultra Launch!  

Okaylah.. lagi cakap nk stop, lagi panjang dia bebel.. haha.. Dedaa...


First day of semester 3.. Peace.. ^_^v

Love,
EikaSharif


~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

::| EikaSharif Design. 2013. All rights reserved © |::