SHARING IS LOVING

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..
Ehem. ehem.. Ika nk promote sikit actually. Ika dah mula buka bisnes balik secara kecil kecil macam dulu. Harap2 boleh dapat sambutan macam dulu. InshaAllah, Amin..

So, kali ni ika jual more kepada produk kecantikan. Dan, apa yg ika jual adalah apa yang ika sendiri pakai. Walaupun diri sendiri xdelah cantik pun.. =.=

Jadi, apa yg ika jual? biar ika share dulu pengalaman sendiri guna dan jual benda ni..

1) WONDERGLOW SKINCARE

  • Rasanya, produk ni ramai dah yang tahu kan keberkesanan dia?? Ika sendiri pengguna produk ni. Masa awal2 nak guna dulu, takut jugak.. tapi, yakin nak guna sebabnya produk  ni buatan malaysia dan dapat kelulusan dari KKM.. 
  • Kesan yang ika pakai, awal awal ika sendiri xsedar pun. tapi, lama lama makin ramai yang tegur nampak lain..
  • Lain? lain macam mana tu? Haa, ika ni bukan dalam kategori putih, biasa biasa ja. kadang kadang nampak cerah,kadang kadang nampak gelap.
  • Lepas ika pakai produk ni, kulit ika lebih cerah n bersih. extra shining lagi tau.
  • Ika pakai produk ni lebih kurang 2 minggu sebelum raya puasa. masa raya tu ada la jugak adik beradik yang tegur nampak cerah, bersih je muka.
  • dan sekarang ni dah masuk set 3 ika guna produk ni. ada kawan yg tanya, kalau berhenti pakai, effect kekal ke?
  • Rasa-rasa la kan, takkan la boleh jadi gelap balik kan??? Lagipun, benda yg elok, kenapa kita nk berhenti guna kan? kan lebih elok kita teruskan je..
  • Mahal?? bagi ika, harga produk ni sangat berpatutan..
  • sebabnya... sekarang ni, ika kalau keluar rumah, memang dah xmekap langsung. bedak pun dah xpakai..
  • Jadi, ianya menjimatkan.. dah xpayah beli bedak, dah xpayah beli mekap. original je..
  • okay, produk ni ada banyak jenis sebenarnya... Tapi, yang ika jual hanyalah yang basic sahaja..
  • basic pun ada 2 jenis.. 
WONDERGLOW SILVER SET

HARGA : RM100

Rasa macam mahal kn? Sebenarnya berpatutan je harga dia. RM100, tapi boleh tahan hampir 2 bulan. berat untuk set SILVER ni adalah 20g.Kesan dah boleh nampak walau pakai 1 set ni je.. Ika mula mula pakai yg ni je.. Tak sempat nak habis lagi orang dah tegur muka dah putih. ^_^  

WONDERGLOW GOLD SET
HARGA : RM120

Yang ni lebih kurang je dengan SILVER set. Kenapa harga dia mahal RM20?? Sebab, yang ni, pack dia lebih besar daripada yang silveri iaitu berat 25g. Dan tahan hampir 3 bulan. Lagi satu, kuasa dia adalah 2 kali ganda effective dari SILVER set.

* Ika jual pada harga yang sama dengan harga di kotak. Kecuali untuk Silver pack. Harga kat kotak adalah RM99.90. tapi, bila nk bank in susah kn utk sen sen kat belakang? Jadi pihak wonderglow sendiri menjual sebanyak RM100. 
* Tapi, ika akan jual sama pada harga kotak bagi sesiapa yg COD dengan ika. ^_^
* Tiada kos penghantaran. Ika kasi percuma je pos.. 

Ni gambar sebelum ika guna produk wonderglow.


Yang ni gambar ika yg terbaru selepas guna wonderglow.

Maybe ada yg xberapa nampak beza mungkin dalam gambar. Sesiapa yg memang dah pernah berjumpa ika, dan yang memang dah kenal ika. Mereka tau perbezaannya. ^_^ 

2) EMILAY WHITENING CLEAR SPOTS

HARGA: RM35

Produk ni pun dah dapat kelulusan daripada KKM. Tak tipu, betul. Jujurnya, produk ni ika baru je pakai, baru nak masuk sebulan ika pakai. Tapi, effect dia ika dah rasa sikit sikit. Contohnya, kulit rasa lebih lembut, even tak pakai losyen pun. xcaya? Anda kena cuba sendiri, anda tau rasa dia mcam mana.

Okay, Emilay Whitening ni nk memutihkan satu badan dan secara kekal. Sebab kita makan dia kan. So, memang la kekal terus. Taknak pakai dh lepas tu pun xpe. Takdenya nk berubah balik. Jangan risau.. Kesan boleh nampak seawal 2 bulan kalau makan secara efektif. Sebotol ni ada 60 biji (untuk sebulan). 

Harga sebenar produk ni sebenarnya lebih tinggi dari yg ika jual ni, tapi ika jual murah sebab ika beli banyak. So, tak payah jual mahal2 pun takpa, amik untung sikit2 ja sudah. hehe And... jangan risau.. memang original.. 

* sama jugak macam wonderglow. Tiada sebarang kos penghantaran dikenakan untuk anda. ^_^

3) OBUSE SHEER COLOUR LIPTINT

HARGA :
1 BOTOL = RM8
2 BOTOL = RM 15

Yang ni dulu pun ika dah pernah jual. Sangat best pakai produk ni. Bila sapu dekat bibir tu, lepas lepas tu xrasa macam pakai apa2 pun kat bibir. Warna pun natural je..

Ada 3 warna sebenarnya untuk sheer colour ni. Merah, Pink & Oren. Warna oren ika takde stok kt tangan. So, kalau sesiapa berminat untuk beli warna oren, inform awal awal. Yang memang dah ada dekat tangan warna merah & pink sebab dua warna ni dapat sambutan tinggi. 

Ika sendiri guna dua dua warna ni je. Kadang kadang guna merah, kadang kadang guna pink. 

Kat atas ni contoh ye.. hehe

IKA ADA BUAT PROMOTION (COMBO SET) UNTUK KETIGA2 PRODUK KAT ATAS NI :-

COMBO SET 1 : WG SILVER + EMILAY = RM130
COMBO SET 2 : WG GOLD + EMILAY = RM150
COMBO SET 3 : WG SILVER + EMILAY + OBUSE SHEER (RED/PINK) = RM140
COMBO SET 4 : WG GOLD + EMILAY + OBUSE SHEER (RED/PINK) = RM160

*SEMUA FREE POSTAGE*

4) MINI COLORFUL HAND-SOCK


HARGA :-
1 pcs = RM7
3 pcs = RM20

Postage : RM6

Mini handsock ni comel je. kecik je. Kalau pakai tu hampir hampir siku la.. Ika pakai handsock ni dengan baju kurung.. Sesuai jugak nak pakai dengan jubah ke, t-shirt tangan suku tu pn boleh.. And, kalau nak pakai dengan sleeve tshirt pn boleh.. sebab kecik je, so xpanas.. Material pn lembut je.. Semua ada 12 warna.. lagi banyak beli, lagi murah ika kira. ^_^

* okay, ni lah produk produk yang ika jual setakat ni..
* Berminat boleh direct komen kat sini, ataupun pm ika dekat facebook ika.
* Kalau ada sebarang pertanyaan pun, boleh je terus pm ika ye.
* Kalau nak beli secara borong pun, ika terima.
* Lagi banyak anda beli, lagi murah anda dapat.
* Nak diskaun tambahan? Pm ika untuk maklumat lanjut.
* Ika bagi jaminan untuk semua produk yg ika jual, sebab produk produk ni semua ika sendiri guna.
* Nak COD kena tanya ika dulu. Samada ika dekat Penang atau dekat Shah Alam.
* Maklumat lanjut boleh Wasap ika : 014-3286192

Thanks for reading.
Loves,
EikaSharif


~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

Harap baca dan faham.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Manusia biasa memang buat salah. Mana ada manusia biasa macam kita ni tak pernah buat salah walau sebesar zarah. Pasti ada sekali pernah terbuat salah. Normal. Bukan nak marah sebab pernah buat salah. Tapi, marah sebab tak sedar diri buat salah, dan tak terasa untuk mintak maaf. Bukan nak berdendam sebab perkara yang dah sangat sangat lama terjadi. Tapi, terkilan sebab sepotong kata maaf tak pernah langsung terdengar, ataupun terbaca kat mana mana. Bukan nak melepas geram, tapi sakit hati jugak walau dah bertahun. Bukan senang nak terima kenyataan yang diri kena tipu. Senang cakap untuk jangan berdendam, maafkan saja. Tak sesenang bercakap bila terhempap kat diri sendiri. Tanggung rasa sakit hati, tanggung rasa marah, tanggung rasa tertipu, tanggung macam macam soalan dalam kepala. Sumpah susah. Betul, ada hikmah benda tu jadi. Tak nafi pun benda tu. Tapi, tipu kalau tak terkilan bila terfikir kenapa benda tu jadi. Atas dasar apa benda tu terjadi. Kenapa buat macam tu. Sendiri dok tanya, sendiri jugak dok jawab. Orang yang memulakan tak pernah sekalipun nak mengeluarkan kata kata maaf. Malah, pertanyaan dibiarkan macam tu ja. Kalau ada salah, lebih baik kita jujur. Senang cerita. Boleh tutup kes. Jangan diam tapi balas dengan cara lain. Tu nama dia tikam belakang. Dekati orang secara perlahan tapi tikam diam diam. Sebijik. Sebijik macam duri dalam daging. Tu nama dia pengkhianatan. Sapa boleh senang senang terima? Sekali pun boleh, pasti rasa marah terbit walau sekelumit. Persoalan kenapa mesti diri ni? Kenapa? Pernah diri ini menyakitkan anda? kiranya pernah, jujur terus. Cerita depan depan. Tak payah tunjuk cara lain. Tak payah jadi hipokrit. Orang tak suka. Tupai yang selalu dok lompat tu pun tetap akan jatuh ke tanah jugak. Ni kan manusia. Takkan selamanya boleh sorok kan? Bertopeng bertopeng jugak lah, tapi bila dah tertanggal topeng tu, tak boleh ka nak sebut perkataan maaf tu walau sekali? Susah sangat ka? Cerita dia senang, mintak maaf, pasti akan dimaafkan. So simple. Tak kena marah la kalau cakap baik baik, jangan jadi batu. Kalau betul betul batu takpa, kita tau batu memang tak boleh bercakap. Ni manusia. Sumpah, memang dah lupa benda yang lepas tu. Memang dah maafkan dah pun sebenarnya. Cuma teringin jugak la nak dengar pengakuan tu dari mulut sendiri, bukan dari orang lain dengan cara lain. Nak tau jugak sebab buat macam tu. Sapa tak teringin nak tau sebab bila berdepan jarang bertegur.bila berdepan tidak serapat bertopeng. Bukan nak mengaibkan pun. Cuma tak tau nak sampaikan macam mana. Harap bila baca tu, faham la kot. Bukan mengharap cuma menyampaikan ja. Kalau nak terus jadi batu pun, jadilah. Semoga bahagia. 

Kenapa sembunyi diri sendiri sedangkan kita ada identiti? Kenapa guna topeng sedang kita sempurna.

Thanks for reading.

Loves,
EikaSharif


~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

Kesekian kalinya...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Apa khabar semuanya?? Hahaha sekian lama xberupdate blog ni, akhirnya.. Ini saatnya, ini detiknya ika berkesempatan nak update.. Gila laamaa... dah bersawang bagai dah blog ni.. Ingatkan blog ni dah dengan secara sendirinya menamatkan riwayat, rupanya masih ada harapan lagi... :)

Okay, actually ika dah hampir nk stop tulis kat blog and nk delete je blog ni. Plus, i already told to Encik A tau nk delete.. But... but.... Erm, sorry sayang, i just can't..

Sebabnya.. sejak dua tiga menjak lepas.. Maklumla musim musim bebudak STPM dgn Matrik nak masuk U ni kan.. ihik.. Welcome ebelibadi.. ^_^ welcome to University World... Prepare yourself physically and mentally.. it a must you know! eh,, haa.. sejak sejak tu, ramai pulak yg mengomen sampai send msg lagi dkt fb ika tanya pasal sijil spm yg hilang...

Maklumla.. sy ni haa pernah menghilangkan benda yg paling penting untuk masuk u tu haa... adehh.. Jadi, terasa la serba sikit bergunanya jugak update blog ni.. hehe So, pada mana mana yg komen dkt post tu, ika x reply.. sorry la yee.. bukak guna phone je, phone pulak sekarang ni dok mintak penampor aje kejanya.. Yg mana msg kt fb, sempatlah ika reply.. smoga anda berjaya! Dah masuk pn kn sekarang? dah seminggu dah pn..

Okay, dah.. stop kat situ.. sekarang time for me nak melepaskan kerinduan terhadap blog ni.. hihi ^_^v

Pejam celik pejam celik.. Harini genaplah seminggu ika dekat UiTM Shah Alam ni untuk semester yg ke-3.. Teehee.. ^_^v Woohhooo... Dah masuk 2nd year dah.. kejap pulak rasa. Tapi, bila pikir pikir lagi 5 sem lagi nk hadap, errr...

Dann.. dann... bila dh masuk sem 3 ni, maksudnya dah habis la setahun ika dekat shah alam ni kan.. anddd... maksudnya kt sini.. maksudnya.. ika pn dah nak masuk setahun la dengan Encik A tu.. hehe
well, well.. we're start one month after the 1st semester began. hehehe

Ooo.. Sem 3 ni, rumet ika budak final sem kot.. Gila ahh.. Busy je memanjang. Xlekat kat bilik ni haa.. Bilik ni dah macam ika duduk sorang sorang je.. haha Tapi, okay jugak sometimes tu bila dapat privacy nak study. Huiiyyoo... study,, haha.. Sem ni kena prepare lebih sikit lah.. Subjek semua dah makin menunjukkan taringnya.. Cerita dia, sem lepas pun mintak Encik A ajar..

Tulaa.. gatal sangat nak teruskan dalam bidang akaun ni. Last last sendiri yg rasa sakit.. haha Nasib ada Encik A. blh tlg kite score kite punya paper akaun.. Terima kasih sejuta kali sayang.. ^_^

Okay lah.. cukup kot setakat ni.. Bukannya ada readers sgt pn.. bye bye everybody.. have fun on your Hari Malaysia tomorrow!! oohh, tahniah jugak buat Malaysia yg dah menang 2-0 eh dgn Myanmar? hihi Proud to be Malaysian.. :)

Haa, bosan tak malam malam ni? Ika pun asalnya bosan jugak tadi, tapi.. tiba tiba je dpt msg dari Sony pasal Ultra Launch utk Xperia Z tu.. Dia bagi link ke page dia la kn.. Quite nice you know.. Macam main game.. cutee gila.. haha Jom la try sekali..  And, you need your mouse for this cute game! Check out at Xperia Z Ultra Launch!  

Okaylah.. lagi cakap nk stop, lagi panjang dia bebel.. haha.. Dedaa...


First day of semester 3.. Peace.. ^_^v

Love,
EikaSharif


~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

Aisekerem...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Sedaaapppnyaaaa..... ^__^

Haa, macam mana tengok aisekerem kat atas? Sedap x? sedap x? Sedap kann.. Huwaa.. Tetiba rasa macam nak sangat sangat sangat sangat sangat makan aisekerem ni.. Magnum.. Sedaaaappppp... Tolong bagi 1 kat ika blh? ~_^ ihik. Alaa, melawak ja pun. Takpa takpa. Esok ika g cari sendiri..

Entah kenapa tah tetiba je rasa cam nak makan aisekerem... k lah, nak share je.. Selamat menikmati magnum.. Eh, tak silap ika aisekerem magnum ada yg baru kan? Yeay, esok nk try. Yeay.^_^ Bye.

Kalau tak silappppp....



magnum buat promosi kot? Yee dak? Kalau tak silap ah. Kat wayang 1 utama. Betui ka dak eh? Takpa, sapa free p la usha, kalau betui bagitau ika okay.. Arigato ozaimas. ^_^
Kalau nak tau pasai aisekerem ni lagi p tengok page dia kat facebook tu.. Ika tau yg pasai gsg 1 utama tu kat situ lah.. ihik.. ^_^ Tak tau page dia? Sat sat.. Ika bagi link eh...


Ada yang baru punya flavor : Chocolate brownie dgn chocolate strawbery... Jom try.. K, tak sabarnya esok.. Kalau ada org nak tlg bagi pun best jugak ni.. (harapan je lah) =.= Kalau nk bagi, bagi chocolate brownie eh.. hehehe ^_^



Thanks for reading.

Loves,
EikaSharif.



~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

dot..dot..dot...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Sihat semuanya? Alhamdulillah.
Apa yang terzahir di luaran kadang kala tak sama seperti apa yang terzahir di dalam.
Apa yang tersirat di dalam adakalanya tersasar dari apa yang tersurat di luar.
Senyuman mampu diukir untuk menutup segala kesedihan, segala rasa, segala keluh kesah.
Biar mereka nampak kegembiraan terzahir
Biar mereka sangka kebahagiaan tercipta
Biarkan mereka.
Adakala berdiam itu lebih baik.
Namun kadang kala tersangat perit.
Memendam sesuatu keseorangan.
Berfikir sendirian.
Mencari jalan keluar yang kadang kala tiada siapa dapat membantu.
Yang kadang kala diri sendiri tidak mampu mencarinya.
Yang kadang kala tertanya tanya inikah jalannya, itukah jalannya.
Yang kadang kala mampu menyebabkan kita jatuh.
Jatuh terduduk bersama air mata.
Sedangkan air mata itu tidak dapat membantu apa pun.
Sakit kalau tanggung sorang.
Namun tetap sakit bercerita.
Makanya tahan saja.
Biarkan saja.
Jika itu takdirnya.
Jika itu suratannya.
Pasti bersebab.
Pasti berakhir.

Mesti tak faham kan? Memang taknak sapa pun faham. Saja ja update. Okay, Assalamualaikum.

Thanks for reading.
Loves,
EikaSharif


~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

Lepas hujan ada pelangi.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Semua orang pun tau kan bila hujan lepas tu mesti akan ada pelangi kan? Pelangi tu pulak sangat cantik. Ada 7 warna yang bergabung membentuk suatu fenomena yang indah. Jarang nak nampak pelangi ni, just akan ada bila hujan.

Sama macam kitaran hidup manusia.

Setiap yang terjadi akan ada hikmahnya. Setiap ujian yang datang ada ganjarannya kelak. Sama macam pelangi. Lepas hujan ada pelangi.

Bila hujan, kita mesti merungut.. Alaa.. hujan lah, macam mana nak ni. macam mana nak tu. Macam macam ragam kan. Tapi, bila hujan dah berenti, munculnya pelangi semua macam wahh.. cantiknya pelangi ni. Macam tu lah jugak hidup kita. Macam macam ujian, macam macam dugaan, macam macam masalah. Takpa, cakap dalam hati, sabar. Semua tu nanti akan bawak kita kepada pelangi yang cantik tu, yakni kegembiraan, kebahagiaan, ada hikmah sebalik semuanya. Percayalah. Allah tak pernah kejam terhadap manusia.

Hadapi segalanya dengan tabah, sakit hati sikit takpa. Sabar. Ingat yang ada sebab di sebalik semua yang terjadi. Ingat akan ada ganjarannya kelak. Ikhlaskan hati hadapi segalanya, ikhlaskan hati sabar dengan segalanya.

Tak semua yang kita inginkan, kita akan dapat. Tak semua milik kita akan kekal jadi milik kita. Namun, ada sebab kenapa semuanya terjadi. Allah dah aturkan sesuatu yang terbaik untuk kita yang kita tak nampak sekarang dan mungkin akan nampak satu hari nanti. Sabarlah untuk kecapi sesuatu itu.
Allah takkan bagi apa yang kita nak, tapi Allah akan bagi apa yang kita perlu.
Maka, bersabarlah wahai hati. Tabahlah wahai jiwa. Kuatkan semangat. Teruskan perjalanan tanpa menoleh ke belakang. Orang yang berjaya adalah orang yang tidak memandang perkara lalu sebagai penghalang masa depan, tetapi sebagai tanjak menuju masa depan.
Ingat, lepas hujan pasti akan ada pelangi.
Dear someone ;
" Sorry im not good enough, i have try hardest to be the best, but it seem like i was failed. "
Thanks for reading.

Loves,
EikaSharif


~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

HATI BERBICARA.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Alhamdulillah ada jugak yang berminat nak beli RIBBON WATCH yang ika promote semalam. ^_^

Ada sesapa yang berminat? Boleh la jenguk dekay entry ika semalam ye.. Dekat SINI.

Okay, hari hari duduk rumah kalau takde buat apa apa memang bosan kan? Nak ajak kengkawan keluar pun, takut diorang busy plus fulus pun ngak ada sihh.. huhu So, duduk rumah je. Dan disebabkan itu ika mula la nak menaip macam macam dekat blog ni kan. Hehe

Hmm. Susah kan kalau kepercayaan kat seseorang tu dah hilang? Dan susahkan bila kita yang kehilangan kepercayaan tu? Nak dapatkan balik kepercayaan seseorang tu, payah kan?

Ika terfikir susahnya kita nak yakinkan semula orang yang dah mula tak yakin dengan kita. Susah sangat bila kita dah hilang kepercayaan seseorang and keyakinan seseorang kt kita, kita nak dapatkan balik benda tu. Buat apa pun dah susah untuk orang tu yakin and percaya kita balik. Peritnya rasa tu. Sampai kadang kadang dah mula timbul rasa putus asa?

Tapi, ingat. Bila kita dah mula rasa putus asa, kita kena kuatkan diri kita balik. Macam mana nak kuatkan balik diri? Kita serah dekat Allah. DIA lebih mengetahui segalanya. Yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. InShaaAllah, kita akan dapat kekuatan tu..

Dan.. Bagi pendapat ika. Kalau orang yang dah hilang keyakinan and kepercayaan kt kita tu, diri dia sendiri pun taknak cuba untuk terima semula kercayaan and keyakinan kt seseorang tu, apa pun yang orang tu buat dia takkan nampak. Dengan erti kata lain, awak kena bukak hati awak. InShaaAllah semua boleh berjalan lancar.

Diri kita kena positif. Bukan positif sampai tak nampak langsung negatif. Tapi, tak jugak negatif sampai tak nampak langsung positif. Biar sama rata. Yes, takde yang sempurna. Dan bagi ika ketidaksempurnaan tu lah satu kebahagiaan. Di mana kita dapat sama sama saling melengkapi. Saling menasihati. Sama sama berusaha menjadi lebih baik dan sama sama menjaga dan membina kebahagiaan.

Jangan pernah memberi tanggapan yang terlalu tinggi terhadap seseorang yang mana mungkin dia tak mampu laksanakan. Adakalanya sesuatu tu lebih indah kalau kita tiada persamaan. Sebab kita boleh bertukar pendapat. Adakalanya kita perlu respect minat seseorang tu, kita tak boleh expect yang dia harus suka apa yang kita suka dan dia harus tak suka apa yang kita suka. Kepelbagaian itu boleh menjurus kepada kebahagiaan.

Kesilapan tu sering terjadi. Kat mana mana pun ada silap. Kenapa kesilapan tu boleh terjadi? Sebab Allah nak kita sedar yang kita ni haruslah sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik dan lebih baik lagi tapi masih di jalanNya. Dan kesilapan tu jugak adalah satu hikmah yang dapat bagi kita pengajaran supaya kita ingat kesilapan kita dan cuba untuk tidak ulang semula kesilapan tu.

Okay, dah panjang rupanya. Ni lah yang ika malas nak update. Bila update tu tak pernah nak pendek.. hehe



Thanks for reading.
Loves,
EikaSharif

~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

Promotion Ribbon Watch!!!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Ika ada buat promotion pembukaan untuk Ribbon Watch..



Cantik kan? It is so special.. sangat sesuai dibuat hadiah.. nak pakai utk diri sendiri pn blh..

Menjimatkan dimana 1 jam ada 9 riben (tali) yang korang boleh tukar bila bila yg korang suka. Contohnya kalau harini pakai baju pink, jam pn blh tukar jadi warna pink..

Kalau dibeli secara berasingan jam ni berharga RM40 untuk 1 jam dan 1 riben. Untuk setiap tambahan riben akan dijual dengan harga RM10 satu riben. Kalau ditotalkan 9 riben dan jadi berapa? Mahal kan?

Jadi jangan lepaskan peluang ni..

Korang boleh gayakan pelbagai gaya. Ikut kreativiti korang..


Asalkan korang kreatif, ianya akan jadi sgt cantik! Jangan risau, kalau korang ikat betul betul, jam ni takkan terhurai dari tangan korang..

Kelebihan jam ni :-

i)   Unik & stylo.
ii) Water Resistant.
iii) Interchangeable (blh tukar tali)



Okay, ni adalah contoh riben yg ada dalam set Ribbon Watch ni. Ada 9 warna dan design yg berlainan..

Dari segi packaging pun cantik. Datang dengan kotak yg cute. So, kalau nak buat jadi present tu dah xada masalah. Boleh terus bagi je.. hehe


So, apa tunggu lagi.. Jangan lepaskan peluang.. Ika letak harga yg murah di Malaysia! Kalau anda survey ada yg lebih mahal lagi dari ini.. dan berkemungkinan akan naik lagi pada masa akan datang. Jadi, beli sekarang sementara masih ada masa!

PROMOTION END : 26/02/2013

PRICE : RM50 each  ( FREE POSTAGE )

BELI LEBIH DARI 2 SET, AKAN DAPAT DISKAUN LAGI.
SO,TANYA KAWAN KAWAN AJAK DIORANG BELI SAMA.
LAGI JIMAT JADINYA!

ADA WARRANTY 3 BULAN!!!


Sekiranya berminat boleh berurusan dengan ika melalui :-

FACEBOOK : EIKA SHARIF
WHATAPPS : 0143286192
SMS/CALL    : 0175457123/0135109529

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!!

Thanks for reading.
Loves,
EikaSharif


~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

::| EikaSharif Design. 2013. All rights reserved © |::