Online Shopping...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Dah nak raya wei.. Kejap je rasa. Pejam celik pejam celik dah nak habis dah bulan Ramadhan yang mulia ni kan.. Dan dah nk sambut Aidilfitri ni.. Korang semua mesti dah buat segala persiapan raya kan? ^_^ Mesti cantik cantik hensem hensem belaka raya ni kan... ^_^

Oklah.. Actually dah lama ika nak update pasal ONLINE SHOPPING ni cuma nak tunggu sampai satu barang yang ika order dari satu laman web sampai rumah, baru nak share dgn korang web2 yang ika selalu online.. Ohh.. Lupa pulak nak bagitau yang ika ni memang online shopper tegar.. Jarang sangat la beli baju dekat kedai.. ada tu ada, cuma jarang.. sebab ika actually xreti la pilih depan depan mata ni.. sebab bila tengok nampak xcantik, tapi bila orang lain pakai cantik pulak nampak... =.='

So, bila beli online nampak model tu pakai cantik je, ika pun berkenan lah.. xkisah la kalau ika pakai xsecantik dia... hehe Rasanya beli secara online ni memang dah jadi satu trend sekarang.. Biasa la.. Senang, Jimat masa kan? Well, ika xnafikan la yg membeli secara online ni ada risiko dia..
Kebaikan Online Shopping :-
1. Menjimatkan masa. Boleh online kat mana mana ja asalkan ada sambungan internet. ^_^
2. Tak bazir minyak moto or kereta sebab nk kena caj parking.
3. Kurangkan kesesakan lalu lintas. maklumlah.. jalan jem... ^_^
4. Boleh berkawan dengan si penjual (kalau fb lah) ^_^ eratkan silaturrahim okay!
Keburukan/Risiko Online Shopping :-
1. Tak boleh tengok depan depan rupa kain, warna saiz etc. (yg cerewet payah la sikit utk on9 shopping.)
2. Barang yang sampai xsama macam yg kita nampak dlm gambar.
3. Dpt lambat..
4. Ada caj utk pos..
5. Kena tipu.
Ok, apa yg disenaraikan tu apa yg ika rasa sering jadi la.. Sejujurnya selama ika dok ber'online shopping ni.. ika tak pernah alami keburukan lah.. semua ok ja.. cuma, kadang2 tu jenis kain la yg lain... tapi, xde hal sebab ika xcerewet sgt.. hehehe ^_^

Ika selalu beli dlm Facebook, senang sikit. sebab kita akan ada komunikasi dgn si penjual tu.. ramah ramah nanti blh dpt diskaun.. hehe ^_^ dan,haritu ika baru jumpa satu web dan barang tu dh sampai kt rumah ika semalam.. lupa pulak nk tangkap gambar.. hehe so,web tu blh dipercayai... ika pernah terbaca pasal web Zalora tu tipu la, apa la.. tapi, ika xdak la experience, sbb ika xpernah shopping kt situ sbb MAHAL ok.. blh dpt yg hampir sama dgn harga yg lebih MURAH.. haha dalam facebook pn ika selalu banding dgn yang lain lain.. mana lagi murah.. hehe

Tadi, Hencek Haikal ada post dekat wall ika pasal satu blog yg jual online la.. waaahhh.. cantik cantik.. srius! nanti korang pegi usha2 okay.. ika knfom akan beli dah.. sayangnya si Haikal ni lambat bagitau kt ika, tidak blh shopping utk raya.. kenapa sekarang tak boleh? sebab kalau tak silap ika poslaju dah tutup dh utk penghantaran parcel.. diorang akan hntr lepas raya.. so, sangat rugi sebab baju baju dia awesome and affordable.! btw, thanks eh Haikal.. hehe dpt tmpat baru utk shopping! ^_^

So, ini antara link-link yang ika selalu shopping okay! Have a look.. Mungkin korang berminat,... Ni semua ika dh ecxperience, Alhamdulillah setakat ni xde apa-apa masalah.. Cuma satu, korang nak order pastikan dulu barang tu Pre-Order ataupun Ready Stock.. Kalau Pre-Order korang perlukan kesabaran yang sangat sangat sangat tinggi! sebab lambat.. ^_^
Yang ni Facebook :-
1. Luff MoOmoo Full 2. HoLey MoLey BeautyDepot 3. CT Collections 4. Korean Fashion Wholesale 5. John Master (Baju lelaki)
Yang ni Web/Blogspot :-
1. LuluBear Fashion 2. 1shopping.com 3. Melati's Closet
So,ni yang ika kerap bukak la and beli.. cuma yang melati's closet tu ika belum beli lagi tapi bakal beli.. have a look semua link tu tau! mana tau nanti ada yg korang minat.. Ika just share dgn korang. Sharing Is Loving! ^_^
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.. Ika mohon maaf dari semua yg kenal dgn ika yang baca blog ika.. kalau kalau ika ada buat sebarang salah terasa hati ke apa ke okay.. ^_^ Raya nanti mai la rumah., hehe

Thanks for reading.
Loves,
Eika Sharif


~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

Sijil SPM hilang!!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Hai semua.. Macam mana puasa? Pejam celik pejam celik lagi berapa hari ja kita semua dah nak raya.. Persiapan raya dah siap ke? Mesti dah kan? Paling paling pun mesti baju tu dah siap tempah kan? Maklum la.. Awal awal puasa ritu pun banyak Tailor yg dah tutup tempahan raya kan.. hehe So, kena la tempah awal.. Ika bab baju dah settle la.. Tapi yang lain-lain tu belum lagi.. hehe

Eh, tajuk pasal lain cerita pasal lain pulak.. Dalam semangat nak sambut raya ni, bagi pelajar-pelajar lepasan Matrikulasi sesi 2011/2012 tu.. Konfom la busy jugak nak buat persiapan untuk masuk U bulan 9 ni kan? Ika pun sama la.. Nasib baik semak awal segala benda yang diperlukan untuk masuk U ni.. Semak punya semak sekali Sijil SPM ika xtau la ada kat mana.. Ika dah pernah bagitau kan haritu pasal kehilangan sijil SPM ika kan? So, actually harini ika nak bagitau yang Sijil SPM ika dah selamat sampai rumah semalam ( 6/08/2012). hehe Ehh, salinan je la sebab KPM memang xkeluarkan dah yg original.. So, tolong lah.. Adik adik yang nak amik SPM tahun ni or yang dah amik tahun lepas tu.. Kalau dah amik sijil original dari sekolah tu, mohon korang simpan elok2.. tidak susah nanti.. xde yg original.. Rasa mcm xlengkap pulak.. huhu

Ok lah.. Jadi sekarang ika nak share lah dengan sapa-sapa yang mungkin alami nasib yang sama dengan ika iaitu Sijil SPM Hilang! Hanya ada dua cara untuk korang dapatkan salinan sijil korang.

Cara Pertama :-

Ambil sendiri di ibu pejabat Lembaga Peperiksaan di alamat :
Blok E 11, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Presint 1
62604 Putrajaya
Tel : 03-88843526/3528
Isnin - Khamis : 8.30 pg - 4.30 ptg
Jumaat : 8.30 pg - 12 tgh hri / 2.45 ptg- 4.30 ptg
Kalau korang pilih untuk ambil sendiri dekat ibu pejabat Lembaga Peperiksaan, permohonan korang akan disiapkan dalam masa Satu Jam sahaja.. Korang akan dicaj RM10 bagi satu salinan. Make sure korang bawak segala maklumat yang diperlukan macam IC korang dengan SLIP SPM korang.

Cara Kedua :-

Melalui pos. Cara ni senang sikit bagi yang duduk jauh dengan putrajaya kan.. Ika pun guna cara ni.. Korang kena download borang LP dekat sini > BORANG LP

Lepas dah isi semua kat dalam borang tu korang kena sediakan wang pos bernilai RM10 untuk setiap salinan. Pastikan wang pos tu diletakkan atas nama Pengarah Peperiksaan dan sertakan bersama salinan IC korang dan Slip SPM. Then korang boleh la pos ke alamat :

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Blok E 11, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Presint 1
62604 Putrajaya
(up: Unit Kecil Sijil)
Korang dinasihatkan menggunakan Pos Laju sebab korang akan dapat salinan sijil korang 7 hari selepas borang yang korang isi sampai kepada mereka.. Haa, diorang pos kat kita pun pakai Pos Laju tau.. So, jgn risau, mmg tepat masa sampai kt kita...

Yang ni untuk yang hilang Sijil SPM... Kalau sijil STPM  yg hilang korang kena bukak dekat web MPM ( Salinan Sijil STPM ) Korang kena caj RM50.. Baca la cara-cara dia kat situ okay..

Ada jugak kan yg hilang Sijil MUET? Kalau hilang Sijil Muet pun kena pergi dekat web MPM, tapi yg bahagian MUET la ( Salinan Sijil MUET ) untuk MUET, korang kena caj RM 20 utk kali pertama,  RM30 kali kedua dan RM50 utk yg seterusnya.

Itu sahaja.. Hope korang dapatlah serba sikit maklumat mengenai kehilangan sijil-sijil penting ni ye..

Eh, jom kita sign up untuk jadi TEAM MALAYSiA!!

Thanks for reading.
Loves,
Eika Sharif
~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

::| EikaSharif Design. 2013. All rights reserved © |::