Sijil SPM hilang!!

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Hai semua.. Macam mana puasa? Pejam celik pejam celik lagi berapa hari ja kita semua dah nak raya.. Persiapan raya dah siap ke? Mesti dah kan? Paling paling pun mesti baju tu dah siap tempah kan? Maklum la.. Awal awal puasa ritu pun banyak Tailor yg dah tutup tempahan raya kan.. hehe So, kena la tempah awal.. Ika bab baju dah settle la.. Tapi yang lain-lain tu belum lagi.. hehe

Eh, tajuk pasal lain cerita pasal lain pulak.. Dalam semangat nak sambut raya ni, bagi pelajar-pelajar lepasan Matrikulasi sesi 2011/2012 tu.. Konfom la busy jugak nak buat persiapan untuk masuk U bulan 9 ni kan? Ika pun sama la.. Nasib baik semak awal segala benda yang diperlukan untuk masuk U ni.. Semak punya semak sekali Sijil SPM ika xtau la ada kat mana.. Ika dah pernah bagitau kan haritu pasal kehilangan sijil SPM ika kan? So, actually harini ika nak bagitau yang Sijil SPM ika dah selamat sampai rumah semalam ( 6/08/2012). hehe Ehh, salinan je la sebab KPM memang xkeluarkan dah yg original.. So, tolong lah.. Adik adik yang nak amik SPM tahun ni or yang dah amik tahun lepas tu.. Kalau dah amik sijil original dari sekolah tu, mohon korang simpan elok2.. tidak susah nanti.. xde yg original.. Rasa mcm xlengkap pulak.. huhu

Ok lah.. Jadi sekarang ika nak share lah dengan sapa-sapa yang mungkin alami nasib yang sama dengan ika iaitu Sijil SPM Hilang! Hanya ada dua cara untuk korang dapatkan salinan sijil korang.

Cara Pertama :-

Ambil sendiri di ibu pejabat Lembaga Peperiksaan di alamat :
Blok E 11, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Presint 1
62604 Putrajaya
Tel : 03-88843526/3528
Isnin - Khamis : 8.30 pg - 4.30 ptg
Jumaat : 8.30 pg - 12 tgh hri / 2.45 ptg- 4.30 ptg
Kalau korang pilih untuk ambil sendiri dekat ibu pejabat Lembaga Peperiksaan, permohonan korang akan disiapkan dalam masa Satu Jam sahaja.. Korang akan dicaj RM10 bagi satu salinan. Make sure korang bawak segala maklumat yang diperlukan macam IC korang dengan SLIP SPM korang.

Cara Kedua :-

Melalui pos. Cara ni senang sikit bagi yang duduk jauh dengan putrajaya kan.. Ika pun guna cara ni.. Korang kena download borang LP dekat sini > BORANG LP

Lepas dah isi semua kat dalam borang tu korang kena sediakan wang pos bernilai RM10 untuk setiap salinan. Pastikan wang pos tu diletakkan atas nama Pengarah Peperiksaan dan sertakan bersama salinan IC korang dan Slip SPM. Then korang boleh la pos ke alamat :

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Blok E 11, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Presint 1
62604 Putrajaya
(up: Unit Kecil Sijil)
Korang dinasihatkan menggunakan Pos Laju sebab korang akan dapat salinan sijil korang 7 hari selepas borang yang korang isi sampai kepada mereka.. Haa, diorang pos kat kita pun pakai Pos Laju tau.. So, jgn risau, mmg tepat masa sampai kt kita...

Yang ni untuk yang hilang Sijil SPM... Kalau sijil STPM  yg hilang korang kena bukak dekat web MPM ( Salinan Sijil STPM ) Korang kena caj RM50.. Baca la cara-cara dia kat situ okay..

Ada jugak kan yg hilang Sijil MUET? Kalau hilang Sijil Muet pun kena pergi dekat web MPM, tapi yg bahagian MUET la ( Salinan Sijil MUET ) untuk MUET, korang kena caj RM 20 utk kali pertama,  RM30 kali kedua dan RM50 utk yg seterusnya.

Itu sahaja.. Hope korang dapatlah serba sikit maklumat mengenai kehilangan sijil-sijil penting ni ye..

Eh, jom kita sign up untuk jadi TEAM MALAYSiA!!

Thanks for reading.
Loves,
Eika Sharif
~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

18 comments:

  1. thanks... amat membantu.. :)

    ReplyDelete
  2. yg surat xyah kena akuan sumpah ker?

    ReplyDelete
  3. cik eika mohon salinan sijil spm dgn pmr tu guna pos kan,ada x eika sertakan sekali surat akuan sumpah or surat dari polis?

    ReplyDelete
  4. nak tanya yg wang pos tuh serta kan nama pengarah pemeriksaan tuh nk tulis nama spe?

    ReplyDelete
  5. Salinan tu kira macam photostat ke atau salinan berwarna. mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salinan apa? kalau salinan ic dan slip exam, maksudnya fotostat. :)

      Delete
  6. kena bt surat akuan sumpah x atau laporan polis untuk disertakan dengan permohonan pos ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpayah buat semua tu. just ikut step sy bagi tu je.

      Delete
  7. Salam .Kalau U minta sijil spm.tapi hilang. Dia terima tak penyata spm yg baru tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. penyata spm baru tu mksudnya? U xmintak penyata, tpi sijil spm. so, kalau yg ori tu hlg, kita kena mnx salinan dri KPM. penyata tu yg kita dpt masa p amik result tu kn? xblh, kena guna sijil.

      Delete
  8. Salam sejahtera rakan2 semua...

    Ada berita baik buat anda yang baru nak ambil peperiksaan MUET, yang GAGAL dan nak ambil semula, yang TAK PERNAH LULUS serta yang nak memperbaiki band yang diperoleh dalam peperiksaan MUET yang lalu. Rakan saya Saudara Shamsul Ariffin telah menerbitkan sebuah panduan khas untuk anda lulus cemerlang dalam peperiksaan MUET...

    Jika anda berminat untuk mendapatkan panduan tersebut SiLa KLik Sini

    ReplyDelete
  9. eika ..yg sijil spm ue 10 ringgit je kn dicas klo kite nk gune prkhidmatan pos?yg 10 ringgit setiap salinan tu cmne ?ta fhm

    ReplyDelete
  10. kalau slip dan sijil dua2 hilang, cane yea.? ika masukkan sekali slip spm dalam envelope sblm pos. kalau yg slip spm pun takde mcmana yea.?

    ReplyDelete
  11. Ieka...boleh tak nnt meseg akak..senang sikit nak tanya..urgent ni..tolong yeee

    ReplyDelete
  12. Let's bole ke ibu saya mohon sijil spm saya yang hilang Perlu borang apa ye

    ReplyDelete
  13. Let's bole ke ibu saya mohon sijil spm saya yang hilang Perlu borang apa ye

    ReplyDelete
  14. Let's bole ke ibu saya mohon sijil spm saya yang hilang Perlu borang apa ye

    ReplyDelete
  15. Kalau ibu saya pergi mohan sijil spm saya yang hilang boleh ke.. Kena bawa makaman apa ye

    ReplyDelete

::| EikaSharif Design. 2013. All rights reserved © |::