10 Reason Why You Shoud Smile.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera..

Dah nak raya aidiladha la kawan kawan. hehe minggu depan ika dah mula cuti.. seminggu okay, sekali kira dengan mid-sem punya break... takpa.. janji cuti lama.. ika dah rindu penang tahap apa dah.. huhu so,penang, wait me okay.. nanti kita peluk awak okay penang.. ^_^

Okay, khamis haritu ika ada 2 test yang boleh tahan killer jugak subjek dia.. dann... mood untuk study tu macam still tak datang kat ika lagi... OMG.. what to do. what to do. huhu memang sumpah teruk tahap apa ntah... merapu sesuka kaki ika ja.. buat fakta sendiri, bajet macam pakar segala pakar... haha Tapi, tapi... walau apa jua rintangan yg datang, dan macam banyak ja masa yang ika ada ni, nak kodek kodek sikit kat blog yang dah semakin ika tepikan ni.. kesian dia, sorry ye bloggie ku yang tersayang.. Okay okay. Tak nak melalut banyak banyak.. Point ika hari ni adalah sebab kenapa kita kena senyum. Bukan main tajuk letak in english.. padahal explainnya nanti malay ja.. OhMyEnglish.. =.= haha okay, teruskan..

Senyum.. senyum tu kan sedekah.. susah sangat ka nak senyum? tak susah kan? dengan senyum je kita dah dikira sedekah. tak nak ka? adakalanya kan, dengan tengok kita senyum pun, mungkin ada yang tengah sedih boleh jadi happy.. kan? haha So, nak details lagi ika tulis kat bawah ye... ada reason yang ika nak share dengan korang kenapa kita kena senyum. tak semestinya senyum tu bila kita happy ja tau! So,senyumm... ^____^

10 Reason Why You Should Smile.

1. Smile can makes you look attractive.
2. Smile can changes your mood.
3. Smile is contagious.
4. Smile can relieve stress.
5. Smile can boosts your immune system.
6. Smile can lower your blood pressure.
7. Smile can release endorphins, natural pain killer.
8. Smile can lifts the face ( makes you look younger!).
9. Smile can makes you seem successful.
10. Smile can makes you stay positive.

Haa, nampak tak 10 sebab kenapa korang kena senyum? Banyak kan faedah yang korang akan dapat bila korang senyum? Bukan setakat senyum dekat awek cun and pakwe hensem je okay! Senyum dengan semua orang, korang akan dapat balik senyuman dann mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.. ditambahkan lagi dengan faedah faedah lain macam kat atas ni la.. So, keep on smiling okay.. Everything will be okay.. ^__^ 

Korang pun pernah dengar lagu senyum kan? hehe so, agak agak rasa macam xboleh nak senyum tu, nyanyi la lagu tu okay.. ^_^

Senyum tu tak susah, Ingat yang bila kita senyum, secara automatik orang lain akan terjangkit untuk senyum. Kita jugak yang akan jadi happy.

Thanks for reading.

Loves,
EikaSharif


~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

Heart...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Semua sihat? Alhamdulillah.. Bagus la kalau semua sihat..

Rasa macam dah lama ika tak update entry yang mana keluarkan pendapat ika kan? Tapi,macam la korang semua seronok sangat baca entry entry ika kan? huhu So,harini ika rasa macam nak type berkaitan tu pulak.. Maklum la.. Sekarang sorang sorang kat bilik.. Semua pakat menghilangkan diri kan.. So, untuk elakkan kebosanan tahap maksima jadi terlebih maksima, baik ika mengarang... Kaang tak sedar je dah panjang.. Kan?

Heart...

Rasa macam ika pernah sekali cerita benda ni kan.. Tapi, yang tu dari segi lain rasanya.. Yang ni lain pulak.. Silap silap boleh jadi sama ni.. Takpa.. Korang baca je la ye sayang.. ^_^

Heart maksud dia hati la kan.. Bila cakap pasal hati je, mesti la ada relate dengan perasaan yang mana mesti semua pakat nampak berkaitan cinta a.k.a LOVE.. Kan? Ada yang first sekali terfikir pasal family or lain lain? Rasanya minoriti la yg nak fikir macam tu kan? Please korang. Jangan tipu.

Mengenali seseorang hanya mengambil masa satu jam,
Untuk menyayangi seseorang hanya mengambil masa satu hari,
Tapi untuk melupakan seseorang tu, tak mungkin cukup sebulan kan?

Tapi.... Tak semestinya kita kenal orang tu, kita sayang orang tu, kita perlu memiliki dia kan?
Dan.. Tak semestinya bila kita tak boleh lupa dia, bermakna kita perlukan dia untuk ada dalam hidup kita kan?
Korang faham tak ni? Maksud dia.. Everyone has their own life.. Right?
So, jangan terlalu berharap untuk sesuatu yang belum kita pasti.. Walau kita yakin sekuat mana sekalipun.. Walau kita sayang sebanyak mana sekalipun.. Sekiranya dah tertulis jodoh kau bukan dengan dia.. Maka, ianya takkan terjadi..

Setiap perkara yang jadi tu, ada sebab dan hikmah sebaliknya. Kita kena terima seikhlas hati, maka kita akan nampak hikmah yang dijanjikan sebalik perkara tu.. Macam pelangi yang sangat cantik tu.. Dia tak muncul kan kalau hujan tak turun dulu? So,anggap benda ni pun macam tu jugak..

Tak semestinya kita sedih, kita perlu menangis setiap hari. Tak semestinya kita sakit hati kita perlu buat sesuatu yang akan bertambah menyakitkan hati kita.

Dengan apa yang dah terjadi dalam kisah ika sekarang, maybe ada antara korang yang faham dan ada yang tak faham.. Takpa, ika tak perlu jelaskan secara detail dekat sini kan..

Adakalanya kita terpaksa menjadi kejam. Adakalanya kita terpaksa menjadi orang yang tak punya perasaan..

Tujuan ika tulis entry harini sebenarnya nak sampaikan semua ni dekat seseorang.. Awak tahu siapa awak kan?
Saya mohon seribu satu kemaafan dari awak. Saya harap awak halalkan segala makan minum saya. Saya harap awak maafkan segala kesalahan saya. Saya harap awak terima semua yang terjadi ni dengan hati yang terbuka. Saya mohon awak ikhlaskan permintaan saya ni. Saya tau, mungkin susah. Mungkin saya nampak kejam di mata awak. Tapi ini satu satunya jalan yang saya ada. Dah lama saya pendamkan semua tu. Bukan salah awak.. Bahkan, awak terlalu baik sehingga saya sendiri tak dapat nak cari kesalahan yang awak buat dekat saya. Saya ada sebab saya sendiri kenapa saya buat macam ni. Simpan semua kenangan kalau awak rasa awak nak. Tapi,tolong jangan sakitkan hati sendiri okay. Cukuplah saya dah sakitkan hati awak kan. Sekali lagi saya mohon maaf dengan awak. Awak jaga diri okay. Jangan lupa study betul betul. Masa depan ada dekat tangan awak sendiri. Jangan lupa makan. Jangan tinggal solat. Okay, tu ja saya nak sampaikan dekat awak. Terima kasih sebab awak relakan permintaan saya. Harap tak ada sebarang dendam antara kita.
Okay,kalau korang tak faham, then buat buat faham tau.. c(: Okay lah.. Dah panjang pun kan apa yg ika tulis ni haa.. Dah la xde apa apa input kan..

So, sehingga berjumpa lagi di next entry...

Thanks for reading.

Loves,
Eika Sharif


~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

::| EikaSharif Design. 2013. All rights reserved © |::