Semua sihat? Alhamdulillah.. Bagus la kalau semua sihat..
Rasa macam dah lama ika tak update entry yang mana keluarkan pendapat ika kan? Tapi,macam la korang semua seronok sangat baca entry entry ika kan? huhu So,harini ika rasa macam nak type berkaitan tu pulak.. Maklum la.. Sekarang sorang sorang kat bilik.. Semua pakat menghilangkan diri kan.. So, untuk elakkan kebosanan tahap maksima jadi terlebih maksima, baik ika mengarang... Kaang tak sedar je dah panjang.. Kan?
Heart...
Rasa macam ika pernah sekali cerita benda ni kan.. Tapi, yang tu dari segi lain rasanya.. Yang ni lain pulak.. Silap silap boleh jadi sama ni.. Takpa.. Korang baca je la ye sayang.. ^_^
Heart maksud dia hati la kan.. Bila cakap pasal hati je, mesti la ada relate dengan perasaan yang mana mesti semua pakat nampak berkaitan cinta a.k.a LOVE.. Kan? Ada yang first sekali terfikir pasal family or lain lain? Rasanya minoriti la yg nak fikir macam tu kan? Please korang. Jangan tipu.
Mengenali seseorang hanya mengambil masa satu jam,
Untuk menyayangi seseorang hanya mengambil masa satu hari,
Tapi untuk melupakan seseorang tu, tak mungkin cukup sebulan kan?
Tapi.... Tak semestinya kita kenal orang tu, kita sayang orang tu, kita perlu memiliki dia kan?
Dan.. Tak semestinya bila kita tak boleh lupa dia, bermakna kita perlukan dia untuk ada dalam hidup kita kan?
Korang faham tak ni? Maksud dia.. Everyone has their own life.. Right?
So, jangan terlalu berharap untuk sesuatu yang belum kita pasti.. Walau kita yakin sekuat mana sekalipun.. Walau kita sayang sebanyak mana sekalipun.. Sekiranya dah tertulis jodoh kau bukan dengan dia.. Maka, ianya takkan terjadi..
Setiap perkara yang jadi tu, ada sebab dan hikmah sebaliknya. Kita kena terima seikhlas hati, maka kita akan nampak hikmah yang dijanjikan sebalik perkara tu.. Macam pelangi yang sangat cantik tu.. Dia tak muncul kan kalau hujan tak turun dulu? So,anggap benda ni pun macam tu jugak..
Tak semestinya kita sedih, kita perlu menangis setiap hari. Tak semestinya kita sakit hati kita perlu buat sesuatu yang akan bertambah menyakitkan hati kita.
Dengan apa yang dah terjadi dalam kisah ika sekarang, maybe ada antara korang yang faham dan ada yang tak faham.. Takpa, ika tak perlu jelaskan secara detail dekat sini kan..
Adakalanya kita terpaksa menjadi kejam. Adakalanya kita terpaksa menjadi orang yang tak punya perasaan..
Tujuan ika tulis entry harini sebenarnya nak sampaikan semua ni dekat seseorang.. Awak tahu siapa awak kan?
Saya mohon seribu satu kemaafan dari awak. Saya harap awak halalkan segala makan minum saya. Saya harap awak maafkan segala kesalahan saya. Saya harap awak terima semua yang terjadi ni dengan hati yang terbuka. Saya mohon awak ikhlaskan permintaan saya ni. Saya tau, mungkin susah. Mungkin saya nampak kejam di mata awak. Tapi ini satu satunya jalan yang saya ada. Dah lama saya pendamkan semua tu. Bukan salah awak.. Bahkan, awak terlalu baik sehingga saya sendiri tak dapat nak cari kesalahan yang awak buat dekat saya. Saya ada sebab saya sendiri kenapa saya buat macam ni. Simpan semua kenangan kalau awak rasa awak nak. Tapi,tolong jangan sakitkan hati sendiri okay. Cukuplah saya dah sakitkan hati awak kan. Sekali lagi saya mohon maaf dengan awak. Awak jaga diri okay. Jangan lupa study betul betul. Masa depan ada dekat tangan awak sendiri. Jangan lupa makan. Jangan tinggal solat. Okay, tu ja saya nak sampaikan dekat awak. Terima kasih sebab awak relakan permintaan saya. Harap tak ada sebarang dendam antara kita.Okay,kalau korang tak faham, then buat buat faham tau.. c(: Okay lah.. Dah panjang pun kan apa yg ika tulis ni haa.. Dah la xde apa apa input kan..
So, sehingga berjumpa lagi di next entry...
Thanks for reading.
Loves,
Eika Sharif
Tweet
No comments:
Post a Comment