Kehendak VS Kepunyaan !

Assalamualaikum wbt and salam sejahtera.. Hai hai warga Malaysia sekalian.. *lambai tangan*

Harap semuanya sihat sihat belaka la ye. tiba-tiba harini ika terlintas nak menaip pasal kehendak and kepunyaan.. eh, selalu orang kehendak dan keperluan. dah apasal ika letak kehendak dan kepunyaan ni.? Ok, let me story story to you all okay... ~_^

Kehendak ni kalau dari segi ekonomi bermaksud sesuatu keinginan manusia, di mana kalau tak dimiliki pun manusia masih boleh meneruskan hidup berbanding dengan keperluan di mana keperluan itu adalah sesuatu yg manusia perlu ada untuk teruskan hidup yakni Makanan, Tempat Tinggal dan Pakaian.. Kepunyaan pulak adalah sesuatu yang kita sedia miliki yang mana memang hak milik kita lah kan.Ni dah sejak bila pulak ika jadi pakar ekonomi bagai kan.. Okay okay.. Teruskan..

Setiap manusia tu semestinyalah akan ada tercalit perasaan nak itu nak ini.. Right? tu la nama dia kehendak.. Maksud kehendak kalau tak miliki pn still boleh teruskan hidup... But, Tapi..... memang la boleh teruskan hidup tapi rasa macam..arggghh... *hentuk kepala kat dinding*

Haa, takke bahaya macam tu? blh bengong seketika tu kalau setiap kali kehendak tu tak dipenuhi setiap kali tu hentuk kepala kt dinding?? hehe nak penuhi kehendak tu la kena guna kepunyaan... eh, apa pulak kepunyaan? DUIT lah syg syg sekalian... tu la kepunyaan.. huhu Orang cakap duit tu bukan segala-galanya and duit xleh pun nak beli kebahagiaan.... tapi.....


Haa, kannnn...! sapa la yg takdak keinginan nak merasa tu nak merasa ni kan.. semua orang pun mesti ada punya.. same goes to me laa kan.. ika ni lagi lah.. perempuan pulak. dah memang konfom konfom macam macam yg ceq nak tawuk.. tapi, nak buat macam mana bila benda yg kita nak tu macam arr memang blh amik free je pilih, pilih nak yg mana satu.. macam touch n balik.. senang kalau macam tu kan?? " Mana ada benda free la ngok ! " *tampar pipi, bagi sedar balik*

Kehendak manusia memang sentiasa melebihi daripada kepunyaan dia ( $ ).. itu perkara normal.. memang life macam tu.. sebab tu la kena kerja.. kena usaha untuk dapatkan $ tu.. takkan dia tiba-tiba jatuh dari langit plak kan.. tak pernah la lagi ada hujan duit kan.. Kalau adaa??? Takpun boleh tanam seketui syilling then tumbuh pokok duit? Macam ni....

Kalau jadi macam ni... Hai, senangnya dalam hati ana ada pokok duit.. Ooh seperti Shopping Complex, ana yg punya... *berjoget* Malangnya mana lah boleh.. imaginasi je lebih macam tu.. tak pernah wujud...

Ika dari dulu dah diajar kalau nak something tu, you try to get it by yourself.. jangan nak harap kt orang.. Well, i came from orang kebanyakan.. bukan anak datuk.. Cucu datuk jer.. kalau nak, kena cari sendiri.. yee la,nk mintak dengan famili, ohhhhmmmmyyy... nanti kau kena beleter je.. benda tu tak penting pun.... tak payaah.. So, kalau dah nak sangat sangat tu kenalah cari sendiri..

Jadi, makanya... sampai sekarang pun lah ika kena buat macam tu.. everything is should be on my shoulder.. try to solve your problems by yourself.. independent lah katakan... * eh, apasal macam lari topik ni? ok ok.. kita kembali ke topik kita*


Paham?? cehh, suka hati la nk cakap pun kalau takdak duit.. c(: takdak kena mengena...

Sebenarnya kann.. ika tak tau pun nak tulis apa.. saja ja nk suruh hampa baca semua ni.. tak mau marah nohh.. nanti kena juai!! Tajuk je yang ika nk huraikan iaitu kita kena sedar tahap kemampuan kita.. kepunyaan kita la tu.. biar berpada-pada kehendak kita.. jangan sampai melebihi tahap.. nanti kita sendiri jugak yang merana.. carilah rezeki yang halal dari segi agama.. jangan mencari kesenangan untuk memenuhi kehendak. biar kita bersusah susah dulu asalkan yg kita buat tu halal.. dari buat sesuatu yg mungkin halal pada mata orang lain tapi syubhah bagi mata kita.. sesuatu yg kita tak nampak punca dan arah alirannya sumber kewangan itu bagi ika adalah sesuatu yang syubhah sebab ika akan jadi ragu ragu kenapa boleh dapat duit macam waahhh, senangnya.. so, lebih baik kita jauhkan diri dari semua tu.. biar je kita tak boleh mewah macam orang lain asalkan kita yakin dengan rezeki kita.. 

Ok lah, tu je ika nak merapu harini.. Thanks for reading! ^_^


~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

4 comments:

  1. kehendak vs kepunyaan or kehendak vs kemampuan...bedal jela..but true..kita kna tahu tahap kita kat mane...tapi mcm best je ayat "..but more comfortable if cry in BMW than on a bicycle" hahahaha :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.... lagi comfort kalau teriak dlm BMW dari atas basikal kan.. hehehe ^_^

      Delete
  2. jadi konklusinya ika kena lah bagi duit
    kat follower2 blog ni utk memenuhi
    kehendak masing2. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha sebelum memberikan duit kepada follower2 ika ni, mereka mereka itu perlulah membuat sumbangan kepada ika terlebih dahulu.. hehehe c(:

      Delete

::| EikaSharif Design. 2013. All rights reserved © |::