Sekarang dah sampai musim orang bertanyakan ' Dapat U mana? Kos apa? '.
Jadi untuk menjawab pertanyaan tu semua... Ika post kat sini okay..
So, ika dapat Universiti Teknologi Mara ( UiTM) dalam kos perakaunan.. Walaupun dulu ika selalu cakap if nk sambung study dah taknak sambung akaun, but i still in it.. sebab apa? sebab xtau dah nak amik kos apa, so lebih baik teruskan je lah dengan bidang ni.. I am a future Accountant !! Masa first check UPU bukak bukak terbentang indah dekat situ UiTM.. Tapi kat Malaysia ni bukan ada satu ja UiTM.. So, dok terngiang-ngiang dalam kepala otak, dekat mana ni.. dekat mana ni.. Dann....
UiTM Shah Alam.. Kena daftar 2hb 9 bakal tiba tak lama lagi.. Hanya seminggu lepas raya ja.. Ok, dah nk kena pergi sediakan otak untuk belajar.. =.=' Tengok kt gmbar, ika dh tulis 'jauh and i'll be alone' Yup.. ika dapat sana dan sorang sorang saja terlepas ke sana.. So, nanti kena lah cari kawan baru kann... Sapa dapat Uitm shah alam and dapat kolej melati? Mohon komen ya! kita boleh jadi kawan.. hehe
Nasib baik lah dapat UiTM ni.. Ada jugak la 2 3 kerat manusia dok cakap dekat ika, awat mintak Uitm.. Better pegi U lain la apa la... But, now i show u why i choose Uitm... Yuran dia kira setimpal la.. Ika bukan anak orang kaya.. Ni yuran ni esok ceq tanggung sendiri okay! Kalau ika dapat U lain, kena cari alternatif la nk bayar yuran yg hampir 2 3 K tu kan... Tapi, xpe.. Bagi ika, kat mana-mana pun sama ja.. Kalau kita nak berjaya, kita kena usaha bukan tempat tu yang akan berjayakan kita kan.. Maka, habislah gaji ika... =.='
Dan bila dah klik 'Terima Tawaran' tu kenalah print out segala bagai.. Nasib baik ceq qeja kat ofis.. blh teruih print (jimat) haha Then, print la segala borang yang perlu..
Antara dokumen yang kena bawak.. Ok, ika dh kotakkan apa yg patut.. Harap korang faham lah... =.=' I lost my SPM Sijil.. Baguskan, benda paling penting seumur hidup ika blh hilangkan.. Actually xtau hilang or tak.. Sebab dulu time p ambik sijil tu dekat sekolah, segala fail sijil-sijil ika ada dekat matrik, jadi adalah kat celah celah buku mana ika letak kononnya untuk sementara lah kan.. Tapi, sampai sekarang sementara tu macam dah berkekalan ja kat situ.. Sampaikan ika sendiri pun dah tak ingat dekat mana ika letak.. =.=' Cuainya aku.. huhuhu Dan dengan berbahagianya kat situ mintak nk yg asal, siap buat NOTA PENTING lagi kalau hilang.. Ok, satu kerja ika kena buat.. Memang suka pun buat semua ni.. =.='
Haa, lagi satu bila tengok dekat Twitter pakat dok post baju orientasi kaler biru la itu la ini la.. ok, fine.. Uitm jadi budak sekolah balik... memang suka...
Nampak tak permainan dia kat situ? Ok, ika kena pergi cari baju kurung putih, kain gelap.. Fine, baju sekolah rendah! Kena check satu saiz ka dak g.. huhu Lepas tu untuk senam bagai tu pun tak leh blah nk t-shirt putih siap habaq lagi tu KOSONG.. kena mintak kat Najwa Latif la kosong kosong ni.. huhu Tambah kerja lagi nak kena p beli semua benda alah ni.. padahal nak pakai time orientasi ni ja pun... *sigh* =.=' Nampak tak pembaziran yg akan berlaku dekat situ?
Ok lah.. tu ja.. Panjang kan? Takpa, bukan selalu nk update blog.. hehe Eh, lupa.. Saiful Hakimi dapat Uitm jugak.. tapi kat Kelantan.. Takpalah.. Patrick xleh jumpak Bobob lagi.. huhu Haa, Encik Pakwe sedikit merana *cehh* bila ika bagitau dapat shah alam.. berjauhan lah kita ye.. nanti apply sini jugak tau.. ceq jadi senior anda! c(:
Good Luck untuk semua orang yang dapat sambung study kat mana mana ja lah.. yang tak dapat UPU tu, takpa.. rezeki ada kat mana mana ja.. Insya-Allah ada hikmah sebalik semua tu..
Thanks for reading.
Loves,
Eika Sharif
Tolong 'Like' header ika kat sini ye kawan kawan >>> LIKETweet
wah! Tahniah ye.. Belajar leklok kat sane nanti :)
ReplyDeletethanks.. :) Insya-Allah...
Deletetahniah..raihan pon dpt sana...^^
ReplyDeletedapat kos apa raihan? hehe =)
Deletesamalh kita dpt kolej melati n kat shah alam..
ReplyDeletemunirah dapat kos akaun jugak ke? hehe =)
Delete