LinguaPhone???

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Pernah dengar nama LinguaPhone?? Apa LinguaPhone ni? Handphone ke? Makanan ke?

Ok ok. Actually LinguaPhone ni satu software yang mana kononnya diperkenalkan sebagai satu medan untuk semua orang menguasai bahasa. Dan yang kononnya best tu, bukan sahaja bahasa inggeris dan melayu yang dimuatkan dalam tu. Macam macam bahasa lagi yang ada. So, dengar macam hebat kan??

Benda hebat, harga pun haruslah hebat kan?


Haa, ni lah set LinguaPhone tu. Nak tau berapa harga dia?? Tak silap aku benda alah ni ada package dia. Ada yang 2K ada yang ber K K lagi lahh.. Tapi, pokoknya semua K lah... Takde yang ratus ratus punya.

Ok, apahal tetiba aku nak cakap pasal LinguaPhone ni? Nak jual ke apa eh? Tak de lah.. Sebenarnya aku just nak share or dengan kata lainnya aku nak bagi amaran kat korang semua yang mana belum beli lah. Yang dah beli tu, aku nasihatkan korang ambil benda ni sebagai pengajaran je lah okay..

Ohh, masalah apa sebenarnya dengan LinguaPhone ni? Ok. Ok. Macam ni sebenarnya..

LinguaPhone ni actually okay, cuma mungkin la cara penjualan dia tu a bit macam paksaan. macam mana?
Okay, diorang selalu pergi kampus kampus or mana mana tempat yang macam jadi tumpuan student xkira la pelajar sekolah or universiti. And sometime diorang akan pergi cari mak mak or ayah ayah orang pulak utk jual benda ni. Its what we called marketing strategy. 

Cara diorang promote?

Memang macam paksa. Aku pernah kena benda ni dua kali, ehh silap. Bukan terkena tu maksudnya beli. Kena dengar diorang bebel bebel pasal benda alah ni je lah. Dulu aku kena time aku dekat matrik, tapi bukan dekat matrik la.. Dekat mall. Nasib baik matrik aku takde ambil mana mana promoter linguaphone ni untuk promote dekat kitorang, kalau tak konfom ramai yang terpengaruh. Okay, masa first aku kena tu dia panggil cakap nak kenalkan produk baru la apa la. aku elak, tapi dia tarik tangan aku untuk duduk and dengar apa dia nk cakap. Lepas dengar dia bebel bebel aku cakap je aku tak nak then blah. Maybe masa tu tak berleluasa lagi kot benda ni, so dia macam tak paksa pun.

The second time is masa aku dekat Uitm ni haa. Bulan berapa ntah aku tak ingat. Tapi time tu diorang ni buat dekat Menara SAAS. Time tu aku baru nak balik dari kelas. Dengan happynya sebab lepas tu takde kelas nak balik beradu la kan. Sekali kena tahan dengan orang orang nih haa. Dia tetiba datang kat aku tanya MUET aku dapat band berapa. Persoalannya perlu ka? Nasib baik lah aku ni jenis hati kering sikit kadang kadang tu. Jadi, aku tak jawab la pertanyaan dia tu. dann terus dia cakap xpelah, dia sebenarnya nak buat survey utk bla bla bla.. Aku mula mula macam taknak je, tapi tetiba rasa macam kesian then ingatkan betul la dia nk buat survey aku pun ikutkan je lah dia.

Sekali dah duduk situ tetiba dia mula promote linguaphone ni. aku pun cakap la yg aku dah pernah dengar linguaphone ni. Tapi, sejujurnya time tu aku memang  tak tau pun yg dah ramai yg kena dgn benda ni. Kadang kadang aku terfikir ada baiknya juga perangai aku yang suka melawan ataupun tegaskan pendirian aku. Alhamdulillah, apa pun yang dia cakap semua aku bangkang. Naik kesian aku tengok dia cari ayat nak lawan aku. Tunjuk kat aku keratan paper pasal linguaphone lah. itu lah. ini lah. Last, aku cakap je aku tak berminat and aku ada cara aku sendiri untuk improve english aku. Tapi, nampak sangat la dia tak puas hati dan tetiba dia terus mintak ic aku. Eh, hello.. thats my ic.. mana ada hak untuk dia mintak ic aku. So, aku berkeras and aku cakap yg aku seriously tak minat benda tu sebab aku yakin dengan diri aku. Even ada alat tu kalau diri sendiri taknak usaha, still xkan datangkan apa apa keuntungan sebaliknya rugi duit.

Dia ada cita dengan aku cara pembayaran alat tu. Maklumlah harga benda tu kan tersangatlah mahal. Jadi bayaran ansuran. Bukan main lagi dia panjang lebar cita kat aku bayar pendahuluan rm300 dulu, lepas tu bayar bulan bulan rm100 camtu lah. Aku mula mula bagi la alasan yg aku takda cash. Dengan suka hatinya dia cakap kat aku yg ATM dekat je. Sumpah memaksa. Jadi lepas lepas tu aku memang bash dia la. Aku cakap dia, cukup dah bulan bulan aku nak tanggung belajar aku guna ptptn tuh, xpasal nak kena tanggung hutang linguaphone tuh. And last, dia mengalah dengan aku dan bagi aku balik. Alhamdulillah duit aku selamat dan aku tak rasa aku rugi apa apa.

Tapi, roomate aku pulak  yang tak terlepas and terkantoi untuk beli. But, nasib baik dia just bayar RM50. dah balik tu, aku ceramah la dia semua dan nasib baik dia ni okay sikit so dia buat keputusan call family dia. and, abang dia cakap abg dia dah beli benda tu but mcm useless je benda tu. So, dalam masa tak sampai 24 jam dia call balik agen tu cakap nak batalkan pembelian. Disebabkan dia just bayar Rm50, so dia xdapat barang lagi. Jadi, proses pembatalan tu lebih mudah but dia xdapat kembalikan duit la.

Aku ingat dah habis cerita pasal linguaphone ni. Sekali baru baru ni ada plak diorang buat dekat dataran cendikia (dc) dekat kolej aku ni haa. dah kecoh kali ni ramai yang kena. and yang tak bestnya ramai yang dah bayar terlalu banyak. Dan semua macam menyesal. Kesian ada jugak. post dekat group semua, sampai mintak nasihat dari senior budak law kan.. hehe 

Sebenarnya korang bukan tertipu dari segi barang tak dapat ke apa. Cuma korang tertipu dari segi beli benda yang bagi aku macam no function sangat lah. Maybe ada yang improve bila guna benda ni. Lagipun, benda ni macam software yang kau perlu bukak hari hari and buat. Kalau tak buat, xdapat apa apa. jadi, kalau beli korang tak guna pun takdak makna kan? Disebabkan aku tau yang aku bukan someone yang rajin untuk mengadap benda alah tu, jadi aku kuatkan pendirian aku untuk tak beli benda tu. Linguaphone ni sebenarnya bagus. So, korang korang yang dah terkena tu, manfaat kan apa yang korang dah laburkan tu. Satu pesan aku, korang kena teruskan bayar bulanan dia tu. kalau nak miss pun biar sebulan macam tu je. Walau pun manis mulut diorang cakap yang tak dak masalah kalau bayar lambat. dont you ever believe it, itu taktik untuk buat korang rasa selesa untuk beli. Get it?

Bayar betul betul, guna betul betul. kalau korang tak guna, rugi lah duit korang. Dan lecturer law aku pernah cerita yang dah terlalu banyak student yang naik court sebab hal linguaphone ni. Korang sebenarnya tak boleh buat apa apa sebab korang dah sign agreement. Perjanjian tu sah antara pihak korang dengan pihak linguaphone. jadi, kalau korang tak ikut syarat, korang yg kena balik.

Aku taip panjang panjang ni sebenarnya just nak share dengan korang pasal linguaphone ni. Bagi kalian yang belum beli or sebenarnya tak pernah tau pun akan kewujudan linguaphone ni, jangan pandang serong pulak dengan linguaphone ni okay. Benda ni bagus sebenarnya. Just it depend on you. Ini pendapat aku je. Bayar beribu ribu kalau diri sendiri tak nak beranjak dari takuk yang lama, macam useless je aku bayar banyak banyak. Nak belajar still kena berguru, tak boleh bergantung pada alat semata mata. 

Dannn.. satu lagi pesanan aku.. Korang korang kat luar sana tu. Aku mohon, jangan mudah percaya dengan orang. Fikir dulu apa apa. Jangan termakan dengan kata kata manis. Especially bab bab jual menjual ni lah. Diorang orang marketing, orang marketing memang pandai memujuk kawan kawan. Memujuk tu ada dalam silibus tau. Jadi, kalau tak nak terkena dengan mana mana kes, mohon yakin dengan diri sendiri dan tetapkan pendirian diri korang. Boleh? And... Kalau ada orang mintak IC korang, jangan senang senang je nak bagi tau. Itu identiti korang, mana orang lain dengan senang senangnye nak mintak IC korang. Okay?


So, dah penat baca panjang panjang, korang boleh la pergi lunch sekarang okay.

Aku tak perfect, tapi aku just mampu share pendapat and pengalaman dengan korang. Its on you untuk elak diri dari kena tipu.
Renung renungkan dan selamat beramal.
Thanks for reading.

Loves,
EikaSharif


~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

Windows 8...

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Ok, first of all.. Sorry pasal post yg haritu. Terlalu ikut perasaan. haha now, jiwa and fikiran dah clear. i'm fine now! ^_^

So, berbalik semula pada tajuk yg tertera kat atas tu. Windows 8.. Semua pun mesti la dah tau kan kemunculan windows yang terbaru ni kan? kan? Kenapa tetiba nak cakap pasal benda ni? hehe Saja ja. Nak bagi ada post untuk harini.. hihi Haritu ada la sekali aku terbukak tengok page pasal windows 8 ni. So, aku post dekat fb and twitter... Tengok lah respon dari mereka mereka ni eh...

Twitter :-


Facebook :-



Okay. Itu la antara feed back yg aku dapat dari fb n twitter.. Aku pun actually xguna lagi.. hihi diorang ni semua dah guna la kan, sebab tu diorang pandai komen. Bagi aku, benda baru memang la macam tu. Hebat sebenarnya cuma belum dapat support yang lebih tinggi la kan..

Pendapat korang? Share la dengan aku. And bagi yang mungkin xtau, why not korang tengok page Windows 8 ni. Kat sini la aku baca maklumat pasal Windows 8 ni.. Mana tau nanti korang berkenan ke kan? Haa, jom usha sekarang jom.. Pastu kalau ada pendapat komen okay sayang sayang sekalian.. ^_^

Okay lah. Got to go. Dah nak magrib! *apa la aku ni update senja senja* =.= So, jumpa lagi nanti okay. Oh, haa. Esok aku ada test LAW wei! LAW! Doakan aku okay.. Thanks you.. :*

Eh, jangan lupa bukak page ni untuk tau lebih lanjut pasal Windows 8 !

Thanks for reading.

Loves,
EikaSharif



~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

Aku kena kuat!

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Emosi dengan fikiran. Jujur aku tak mampu bahagikan rasa tu. Kadang kadang aku terlalu ikut emosi aku. Tapi, kadang kadang aku terlalu ikut fikiran aku.

Tak semua benda kita mampu share dgn orang. Tak semua benda kita buat tu betul and tak semua benda yg kita buat tu salah.

Bila aku ikut emosi aku, aku akan jadi sangat down. Lepas tu aku akan fikir balik, then fikiran pulak yg kuasai aku. And last aku end up dengan stress. Bila stress aku akan menangis dalam hati. Depan org pretend macam well, im okay. Padahal.. Erghh.. Hanya Allah ja yg tau apa yg aku rasa.

Sekarang aku sedar tak senang sebenarnya jadi student u ni. Semua benda rush. Semua benda aku kena cari sendiri. Nak berjaya, nak score, aku kena buat sorang.

Aku sendiri tak sangka yg sekarang aku student u. Pernah dulu aku rasa dah tak nak study. Habis SPM, aku nk terus kerja. Tapi, terfikir yg hidup ni kita kena ada ilmu. Aku terima tawaran masuk matrik. Form 4 & 5 aku belajar akaun. Masuk matrik pn aku teruskan dgn akaun. Alhamdulillah. Lifestyle aku dekat matrik sgt menyenangkan aku. Even setahun. Sejujurnya aku tak pernah rasa yg matrik tu rush and susah. Aku rasa matrik tu tempat aku kejar balik apa yg aku hilang time SPM. Kawan kawan matrik aku sangat okay. Tak semua perfect, but at least diorang tak bermuka muka. Diorang completely faham aku.

Bila habis matrik, aku dapat tawaran uitm. Kawan kawan matrik aku majoriti dapat uum. Plus, best friend aku sendiri dapat situ. Ramai tanya kenapa aku tak rancang dgn dia masuk tempat yg sama? Aku ada sebab aku sendiri kenapa aku pilih uitm. Apa yg sedih, aku sorang ja kt sini. Maksud aku, aku takdak kawan dari matrik yg aku rapat. Maka, semua benda pn aku rasa mcm alone. Dekat matrik, ada org yg akan dorong aku study. Ada org yg naikkan semangat aku bila aku start putus asa. Ada org yg sentiasa kat sisi aku bila aku ada masalah,bila aku sedih,bila aku sakit.

Dekat sini?? Ye, aku ada kawan. Tapi, kawan yg mcm tikah, yg faham aku tiap masa, yg bagi aku semangat bila aku down, yg selalu ada kt sisi aku. Itu tak dak kt sini. Kawan yg mcm ila, yg blh jadi segila-gilanya,yg blh happy go lucky and sama sama sedih. Yg tu takdak. Yg mcm ita, yg selalu comfort aku bila aku sedih, yg selalu dengar n respond tiap masalah aku. Takdak.

Apa masalah aku sekarang sebenarnya. Aku terasa yg hari hari aku terlalu padat. Test. Test. Test. Bangun pagi pagi kelas. Tadah telinga dengar pensyarah bebel kt depan. Satu kelas 1 jam 55 minit. Sehari kelas berjam jam. Aku bukan jenis yg blh fokus selama tu. Pensyarah plak bercakap seolah olah aku dah ada degree. Dalam masa 1 jam 55 minit tu dia habiskan satu chapter. Dalam xsedar, aku dah nak habis silibus pun. Tapi, apa input yg aku dpt? Entah.

Tup tap. Ada test. Study pn aku fail jugak. Dua test dah lepas, and aku yakin aku fail. Sebab aku ja tau perasaan aku time jawab. bila aku share dgn kawan lama aku. Jawapan yg dia bagi aku..

@Eika_Sharif hg mmg cm 2.mula2 xmau tunjuk,pas2 da lama perghhhh.hebat gilaa.


Aku harap aku blh la mcm tu.

And.. Now, aku ada 3 lagi test dok tunggu. AIS, LAW , BEL.. Aku ckp kat diri aku. Aku nk study. Tapi, bila apa yg aku baca tu aku xfaham, apa function aku baca? Pernah satu saat aku rasa macam nak berenti. Tapi, aku fikir family aku. Aku teruskan.

Saat ni, terlalu banyak benda yg aku fikir sampai aku jadi emosi. Aku ja tau perasaan aku sekarang.

Aku yakin Allah ada dgn aku n Dia tgh uji aku. Sorry aku buang masa hampa baca semua ni.

Thanks for reading.

Loves,
EikaSharif.


~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

Jom study SPMians...

Assalamualikum w.b.t. dan selamat sejahtera...

Haa.. Sapa kt sini bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ni punya? Bukan tahun depan or depan depan..  Dah study?? Dah ready nk ambil exam?? Hehe ok ok. Korang tau tak yg S.O.X ada buat satu program? Program apa? Haa, program S.O.XAM!!! Program ni khas sgt untuk adik adik yg nak ambil SPM tahun ni.. Xlama dah kan nak exam?? Memang la korang dah buat latihan kat dalam buku. Past year pun korang dah buat kan.. Nak program program apa lagi kan? Hehe

Ok, ika yakin majoriti dari korang ni semua konfom la ada smartphone kan? Kan? Apa kena mengena? Ika nak bagitau la ni.. Bila korang keluar, korang bawak ke buku sekali? Mesti tak kan.. Hehe  jadi, celcom nk mudahkan korang study bila kt luar laa..  Macam mana?


Jom tengok cara dia kat sini okay..

Haa, tunggu apa lagi?

Thanks for reading..

Loves,
EikaSharif.


~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

10 Reason Why You Shoud Smile.

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera..

Dah nak raya aidiladha la kawan kawan. hehe minggu depan ika dah mula cuti.. seminggu okay, sekali kira dengan mid-sem punya break... takpa.. janji cuti lama.. ika dah rindu penang tahap apa dah.. huhu so,penang, wait me okay.. nanti kita peluk awak okay penang.. ^_^

Okay, khamis haritu ika ada 2 test yang boleh tahan killer jugak subjek dia.. dann... mood untuk study tu macam still tak datang kat ika lagi... OMG.. what to do. what to do. huhu memang sumpah teruk tahap apa ntah... merapu sesuka kaki ika ja.. buat fakta sendiri, bajet macam pakar segala pakar... haha Tapi, tapi... walau apa jua rintangan yg datang, dan macam banyak ja masa yang ika ada ni, nak kodek kodek sikit kat blog yang dah semakin ika tepikan ni.. kesian dia, sorry ye bloggie ku yang tersayang.. Okay okay. Tak nak melalut banyak banyak.. Point ika hari ni adalah sebab kenapa kita kena senyum. Bukan main tajuk letak in english.. padahal explainnya nanti malay ja.. OhMyEnglish.. =.= haha okay, teruskan..

Senyum.. senyum tu kan sedekah.. susah sangat ka nak senyum? tak susah kan? dengan senyum je kita dah dikira sedekah. tak nak ka? adakalanya kan, dengan tengok kita senyum pun, mungkin ada yang tengah sedih boleh jadi happy.. kan? haha So, nak details lagi ika tulis kat bawah ye... ada reason yang ika nak share dengan korang kenapa kita kena senyum. tak semestinya senyum tu bila kita happy ja tau! So,senyumm... ^____^

10 Reason Why You Should Smile.

1. Smile can makes you look attractive.
2. Smile can changes your mood.
3. Smile is contagious.
4. Smile can relieve stress.
5. Smile can boosts your immune system.
6. Smile can lower your blood pressure.
7. Smile can release endorphins, natural pain killer.
8. Smile can lifts the face ( makes you look younger!).
9. Smile can makes you seem successful.
10. Smile can makes you stay positive.

Haa, nampak tak 10 sebab kenapa korang kena senyum? Banyak kan faedah yang korang akan dapat bila korang senyum? Bukan setakat senyum dekat awek cun and pakwe hensem je okay! Senyum dengan semua orang, korang akan dapat balik senyuman dann mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita.. ditambahkan lagi dengan faedah faedah lain macam kat atas ni la.. So, keep on smiling okay.. Everything will be okay.. ^__^ 

Korang pun pernah dengar lagu senyum kan? hehe so, agak agak rasa macam xboleh nak senyum tu, nyanyi la lagu tu okay.. ^_^

Senyum tu tak susah, Ingat yang bila kita senyum, secara automatik orang lain akan terjangkit untuk senyum. Kita jugak yang akan jadi happy.

Thanks for reading.

Loves,
EikaSharif


~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

Heart...

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Semua sihat? Alhamdulillah.. Bagus la kalau semua sihat..

Rasa macam dah lama ika tak update entry yang mana keluarkan pendapat ika kan? Tapi,macam la korang semua seronok sangat baca entry entry ika kan? huhu So,harini ika rasa macam nak type berkaitan tu pulak.. Maklum la.. Sekarang sorang sorang kat bilik.. Semua pakat menghilangkan diri kan.. So, untuk elakkan kebosanan tahap maksima jadi terlebih maksima, baik ika mengarang... Kaang tak sedar je dah panjang.. Kan?

Heart...

Rasa macam ika pernah sekali cerita benda ni kan.. Tapi, yang tu dari segi lain rasanya.. Yang ni lain pulak.. Silap silap boleh jadi sama ni.. Takpa.. Korang baca je la ye sayang.. ^_^

Heart maksud dia hati la kan.. Bila cakap pasal hati je, mesti la ada relate dengan perasaan yang mana mesti semua pakat nampak berkaitan cinta a.k.a LOVE.. Kan? Ada yang first sekali terfikir pasal family or lain lain? Rasanya minoriti la yg nak fikir macam tu kan? Please korang. Jangan tipu.

Mengenali seseorang hanya mengambil masa satu jam,
Untuk menyayangi seseorang hanya mengambil masa satu hari,
Tapi untuk melupakan seseorang tu, tak mungkin cukup sebulan kan?

Tapi.... Tak semestinya kita kenal orang tu, kita sayang orang tu, kita perlu memiliki dia kan?
Dan.. Tak semestinya bila kita tak boleh lupa dia, bermakna kita perlukan dia untuk ada dalam hidup kita kan?
Korang faham tak ni? Maksud dia.. Everyone has their own life.. Right?
So, jangan terlalu berharap untuk sesuatu yang belum kita pasti.. Walau kita yakin sekuat mana sekalipun.. Walau kita sayang sebanyak mana sekalipun.. Sekiranya dah tertulis jodoh kau bukan dengan dia.. Maka, ianya takkan terjadi..

Setiap perkara yang jadi tu, ada sebab dan hikmah sebaliknya. Kita kena terima seikhlas hati, maka kita akan nampak hikmah yang dijanjikan sebalik perkara tu.. Macam pelangi yang sangat cantik tu.. Dia tak muncul kan kalau hujan tak turun dulu? So,anggap benda ni pun macam tu jugak..

Tak semestinya kita sedih, kita perlu menangis setiap hari. Tak semestinya kita sakit hati kita perlu buat sesuatu yang akan bertambah menyakitkan hati kita.

Dengan apa yang dah terjadi dalam kisah ika sekarang, maybe ada antara korang yang faham dan ada yang tak faham.. Takpa, ika tak perlu jelaskan secara detail dekat sini kan..

Adakalanya kita terpaksa menjadi kejam. Adakalanya kita terpaksa menjadi orang yang tak punya perasaan..

Tujuan ika tulis entry harini sebenarnya nak sampaikan semua ni dekat seseorang.. Awak tahu siapa awak kan?
Saya mohon seribu satu kemaafan dari awak. Saya harap awak halalkan segala makan minum saya. Saya harap awak maafkan segala kesalahan saya. Saya harap awak terima semua yang terjadi ni dengan hati yang terbuka. Saya mohon awak ikhlaskan permintaan saya ni. Saya tau, mungkin susah. Mungkin saya nampak kejam di mata awak. Tapi ini satu satunya jalan yang saya ada. Dah lama saya pendamkan semua tu. Bukan salah awak.. Bahkan, awak terlalu baik sehingga saya sendiri tak dapat nak cari kesalahan yang awak buat dekat saya. Saya ada sebab saya sendiri kenapa saya buat macam ni. Simpan semua kenangan kalau awak rasa awak nak. Tapi,tolong jangan sakitkan hati sendiri okay. Cukuplah saya dah sakitkan hati awak kan. Sekali lagi saya mohon maaf dengan awak. Awak jaga diri okay. Jangan lupa study betul betul. Masa depan ada dekat tangan awak sendiri. Jangan lupa makan. Jangan tinggal solat. Okay, tu ja saya nak sampaikan dekat awak. Terima kasih sebab awak relakan permintaan saya. Harap tak ada sebarang dendam antara kita.
Okay,kalau korang tak faham, then buat buat faham tau.. c(: Okay lah.. Dah panjang pun kan apa yg ika tulis ni haa.. Dah la xde apa apa input kan..

So, sehingga berjumpa lagi di next entry...

Thanks for reading.

Loves,
Eika Sharif


~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

::| EikaSharif Design. 2013. All rights reserved © |::