Pernah dengar nama LinguaPhone?? Apa LinguaPhone ni? Handphone ke? Makanan ke?
Ok ok. Actually LinguaPhone ni satu software yang mana kononnya diperkenalkan sebagai satu medan untuk semua orang menguasai bahasa. Dan yang kononnya best tu, bukan sahaja bahasa inggeris dan melayu yang dimuatkan dalam tu. Macam macam bahasa lagi yang ada. So, dengar macam hebat kan??
Benda hebat, harga pun haruslah hebat kan?
Haa, ni lah set LinguaPhone tu. Nak tau berapa harga dia?? Tak silap aku benda alah ni ada package dia. Ada yang 2K ada yang ber K K lagi lahh.. Tapi, pokoknya semua K lah... Takde yang ratus ratus punya.
Ok, apahal tetiba aku nak cakap pasal LinguaPhone ni? Nak jual ke apa eh? Tak de lah.. Sebenarnya aku just nak share or dengan kata lainnya aku nak bagi amaran kat korang semua yang mana belum beli lah. Yang dah beli tu, aku nasihatkan korang ambil benda ni sebagai pengajaran je lah okay..
Ohh, masalah apa sebenarnya dengan LinguaPhone ni? Ok. Ok. Macam ni sebenarnya..
LinguaPhone ni actually okay, cuma mungkin la cara penjualan dia tu a bit macam paksaan. macam mana?
Okay, diorang selalu pergi kampus kampus or mana mana tempat yang macam jadi tumpuan student xkira la pelajar sekolah or universiti. And sometime diorang akan pergi cari mak mak or ayah ayah orang pulak utk jual benda ni. Its what we called marketing strategy.
Cara diorang promote?
Memang macam paksa. Aku pernah kena benda ni dua kali, ehh silap. Bukan terkena tu maksudnya beli. Kena dengar diorang bebel bebel pasal benda alah ni je lah. Dulu aku kena time aku dekat matrik, tapi bukan dekat matrik la.. Dekat mall. Nasib baik matrik aku takde ambil mana mana promoter linguaphone ni untuk promote dekat kitorang, kalau tak konfom ramai yang terpengaruh. Okay, masa first aku kena tu dia panggil cakap nak kenalkan produk baru la apa la. aku elak, tapi dia tarik tangan aku untuk duduk and dengar apa dia nk cakap. Lepas dengar dia bebel bebel aku cakap je aku tak nak then blah. Maybe masa tu tak berleluasa lagi kot benda ni, so dia macam tak paksa pun.
The second time is masa aku dekat Uitm ni haa. Bulan berapa ntah aku tak ingat. Tapi time tu diorang ni buat dekat Menara SAAS. Time tu aku baru nak balik dari kelas. Dengan happynya sebab lepas tu takde kelas nak balik beradu la kan. Sekali kena tahan dengan orang orang nih haa. Dia tetiba datang kat aku tanya MUET aku dapat band berapa. Persoalannya perlu ka? Nasib baik lah aku ni jenis hati kering sikit kadang kadang tu. Jadi, aku tak jawab la pertanyaan dia tu. dann terus dia cakap xpelah, dia sebenarnya nak buat survey utk bla bla bla.. Aku mula mula macam taknak je, tapi tetiba rasa macam kesian then ingatkan betul la dia nk buat survey aku pun ikutkan je lah dia.
Sekali dah duduk situ tetiba dia mula promote linguaphone ni. aku pun cakap la yg aku dah pernah dengar linguaphone ni. Tapi, sejujurnya time tu aku memang tak tau pun yg dah ramai yg kena dgn benda ni. Kadang kadang aku terfikir ada baiknya juga perangai aku yang suka melawan ataupun tegaskan pendirian aku. Alhamdulillah, apa pun yang dia cakap semua aku bangkang. Naik kesian aku tengok dia cari ayat nak lawan aku. Tunjuk kat aku keratan paper pasal linguaphone lah. itu lah. ini lah. Last, aku cakap je aku tak berminat and aku ada cara aku sendiri untuk improve english aku. Tapi, nampak sangat la dia tak puas hati dan tetiba dia terus mintak ic aku. Eh, hello.. thats my ic.. mana ada hak untuk dia mintak ic aku. So, aku berkeras and aku cakap yg aku seriously tak minat benda tu sebab aku yakin dengan diri aku. Even ada alat tu kalau diri sendiri taknak usaha, still xkan datangkan apa apa keuntungan sebaliknya rugi duit.
Dia ada cita dengan aku cara pembayaran alat tu. Maklumlah harga benda tu kan tersangatlah mahal. Jadi bayaran ansuran. Bukan main lagi dia panjang lebar cita kat aku bayar pendahuluan rm300 dulu, lepas tu bayar bulan bulan rm100 camtu lah. Aku mula mula bagi la alasan yg aku takda cash. Dengan suka hatinya dia cakap kat aku yg ATM dekat je. Sumpah memaksa. Jadi lepas lepas tu aku memang bash dia la. Aku cakap dia, cukup dah bulan bulan aku nak tanggung belajar aku guna ptptn tuh, xpasal nak kena tanggung hutang linguaphone tuh. And last, dia mengalah dengan aku dan bagi aku balik. Alhamdulillah duit aku selamat dan aku tak rasa aku rugi apa apa.
Tapi, roomate aku pulak yang tak terlepas and terkantoi untuk beli. But, nasib baik dia just bayar RM50. dah balik tu, aku ceramah la dia semua dan nasib baik dia ni okay sikit so dia buat keputusan call family dia. and, abang dia cakap abg dia dah beli benda tu but mcm useless je benda tu. So, dalam masa tak sampai 24 jam dia call balik agen tu cakap nak batalkan pembelian. Disebabkan dia just bayar Rm50, so dia xdapat barang lagi. Jadi, proses pembatalan tu lebih mudah but dia xdapat kembalikan duit la.
Aku ingat dah habis cerita pasal linguaphone ni. Sekali baru baru ni ada plak diorang buat dekat dataran cendikia (dc) dekat kolej aku ni haa. dah kecoh kali ni ramai yang kena. and yang tak bestnya ramai yang dah bayar terlalu banyak. Dan semua macam menyesal. Kesian ada jugak. post dekat group semua, sampai mintak nasihat dari senior budak law kan.. hehe
Sebenarnya korang bukan tertipu dari segi barang tak dapat ke apa. Cuma korang tertipu dari segi beli benda yang bagi aku macam no function sangat lah. Maybe ada yang improve bila guna benda ni. Lagipun, benda ni macam software yang kau perlu bukak hari hari and buat. Kalau tak buat, xdapat apa apa. jadi, kalau beli korang tak guna pun takdak makna kan? Disebabkan aku tau yang aku bukan someone yang rajin untuk mengadap benda alah tu, jadi aku kuatkan pendirian aku untuk tak beli benda tu. Linguaphone ni sebenarnya bagus. So, korang korang yang dah terkena tu, manfaat kan apa yang korang dah laburkan tu. Satu pesan aku, korang kena teruskan bayar bulanan dia tu. kalau nak miss pun biar sebulan macam tu je. Walau pun manis mulut diorang cakap yang tak dak masalah kalau bayar lambat. dont you ever believe it, itu taktik untuk buat korang rasa selesa untuk beli. Get it?
Bayar betul betul, guna betul betul. kalau korang tak guna, rugi lah duit korang. Dan lecturer law aku pernah cerita yang dah terlalu banyak student yang naik court sebab hal linguaphone ni. Korang sebenarnya tak boleh buat apa apa sebab korang dah sign agreement. Perjanjian tu sah antara pihak korang dengan pihak linguaphone. jadi, kalau korang tak ikut syarat, korang yg kena balik.
Aku taip panjang panjang ni sebenarnya just nak share dengan korang pasal linguaphone ni. Bagi kalian yang belum beli or sebenarnya tak pernah tau pun akan kewujudan linguaphone ni, jangan pandang serong pulak dengan linguaphone ni okay. Benda ni bagus sebenarnya. Just it depend on you. Ini pendapat aku je. Bayar beribu ribu kalau diri sendiri tak nak beranjak dari takuk yang lama, macam useless je aku bayar banyak banyak. Nak belajar still kena berguru, tak boleh bergantung pada alat semata mata.
Dannn.. satu lagi pesanan aku.. Korang korang kat luar sana tu. Aku mohon, jangan mudah percaya dengan orang. Fikir dulu apa apa. Jangan termakan dengan kata kata manis. Especially bab bab jual menjual ni lah. Diorang orang marketing, orang marketing memang pandai memujuk kawan kawan. Memujuk tu ada dalam silibus tau. Jadi, kalau tak nak terkena dengan mana mana kes, mohon yakin dengan diri sendiri dan tetapkan pendirian diri korang. Boleh? And... Kalau ada orang mintak IC korang, jangan senang senang je nak bagi tau. Itu identiti korang, mana orang lain dengan senang senangnye nak mintak IC korang. Okay?
So, dah penat baca panjang panjang, korang boleh la pergi lunch sekarang okay.
Aku tak perfect, tapi aku just mampu share pendapat and pengalaman dengan korang. Its on you untuk elak diri dari kena tipu.
Renung renungkan dan selamat beramal.
Thanks for reading.
Loves,
EikaSharif
ika, farah pun pernah terkena.. terkena leteran jeaa lah... :p
ReplyDeletememang betul2 bengang jugak lah kan.. time tuh pun farah baru hbis kelas, mood berkobar2 utk jalan kat mall n singgah ekspo. tetiba ada akak2 nih tahan pulak.. dy ckp macam ika bgtau tuh laa, nak kenalkan produk baru apa ke benda entah. yg farah nih pun blur-2, tercengang2, ingatkan dy nak kenalkan brg kosmetik ke apa ke benda entah, sbb akk jea semua kat situ, n semua nya makeup tebal2, majoriti pakai shawl yg bungkus rambut semata2(yg nmpak leher tuh) . HAHA. so farah ckp "takmau2,tada masa". then dy ckp, "bukan ada apa pun, just nak buat servey utk 5 minit jea".. dgn terasa kesiannya, farah pun yea kan jea laa.. duduk2, dy terus tnya pernah dgr tak linguaphone? farah memang 100% blur. menatang apa lahhhh neh. hahaha. then dy bebel2 sperti mana yg ika kena tuh kot. pastuh tanya MUET. then dok perli2 apa taktau. n kebtulan time tuh farah kat tgn farah ada paper metro. pastuh dy perli " tgk nih, duk beli metro, mcm mana nak reti english..blaa..bla.." time tuh memang farah dah buat muka hbis arr... haha. then dy tersedar kot. dy ckp la " yeala tak salah baca paper mlyu." then tak tahan nya. boleh plak mmber dy pinjam paper METROOOOO. hahaha! pastuh duk bangga2 muet dy lah apa laa.. n tak silap dy tuh student U*M. duk bangga2 pulak -.- pastuh dy nih pun duk cakap potpet2, tapi tak bgtau pun harga tuh. dy dah tgk farah muak, baru dy bgtau harga. kena byar berapa entah. then dy tnya farah ada bank apa skunk nih n siap tnya dalam bank ada brapa? boleh tak korbankan rmXXX utk satu nih jea. then farah kata, tak nak korbankan., bnyak lagi nak guna. pastuh dy paksa2, dy kata bila lagi nak korbankan semua nih. n blaa2... farah tetap takmau jugak. then, chaw jea. seriously spoil mood habis, terus balik bilik dgn muka bebai. -.-
skali blik bilik rumet terkena dgn kad apa entah, tuh pun mcm menipu jea. kena tipu rm350 kot. dy pun pi byr. dy ckp dy taknak pun, tp org tuh paksa2, dy ckp org tuh kata bila lagi nak tlg org islam. benda tuh mcm kena collect point2, n akan dapat duit. apa entah. yg tuh farah tak terkena... sumpah tak layan dah kalau ada promoter nak tarik2 soal2 bagai -.-
farah.. kan. bengong je diorang ni..sekarang ni mmg bhaya tmbh2 psal duit ringgit ni. org skrang tamak. semua dia nk tipu. watvpe bisnes mcm tu kn. x berkat. tapi, slh pengguna jgak. xhati hati. sekarang ni kita nk beli apa pn kena fikir dlm dlu..
Delete