Di saat aku mencintaimu...



Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

** dari dulu ika dengar org ckp lagu ni best... tapi,ika xpernah buka n dengar pun.. huhu so,tadi saje je boring2... so,bkak la youtube kn... n tangan ni dengan lancarnya menaip Dadali- Di saat aku mencintaimu
first dengar lagu ni sekali ngan video dia.... terus tersentap dalam hati... wah,fee nya lagu ni... so,ika meneruskan pendengaran ika dan cuba mengahayati setiap bait kata2 dalam lagu ni.. fuhh... memang best.. sgt mendalam maksud dia... n ika terus teringat kisah hidup ika... ahha.. mula nk feel balik la 2 kn...  tapi,seriously... memang agak terasa dengan lagu ni.. sedih sgt2.. :'( hurrmm... xpelah... korang enjoy je la lagu ni eak.... ika nk g kerja dah.. bye2....

~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

Cemburu...

tiba-tiba aku tersentak dan terlintas di fikiran aku untuk menulis sesuatu berkaitan cemburu.. cemburu adalah suatu perasaan yg sukar untuk dijelaskan dalam bentuk perkataan.. tetapi memadailah dengan mengetahui bahawa cemburu itu merupakan suatu perasaan yg sangat memeritkan.. ya,sungguh perit bila secara tiba2 perasaan itu menjelma dalam hati kita... bukan pintaku untuk memeliki perasaan itu.. bukan keinginanku.. tetapi,ia sendiri datang memasuki hatiku tanpa kebenaran dariku... sekelip mata,hati rasa tersentuh.. sekelip mata juga air jernih ingin sama muncul bersama-sama perasaan itu... tatkala aku membuka dan melihat mereka gembira bersama.. entah apa hubungannya di antara mereka.. aku tidak jelas.. yg pastinya hati ini tidak merasa senang melihat keadaan itu... meskipun hanya sebuah gurauan,tetapi sudah cukup untuk menghiris hati kecilku ini... apa agaknya yg dibualkan mereka? apa agaknya yg tersirat di sebalik senyuman mereka? apa agaknya di hati mereka tatkala mengukirkan ketawa itu? apa agaknya yg mereka sembunyikan di balik satu nama itu? entahlah... hanya mereka punyai jawapan itu... aku hanya mampu meneka.. entah betul entah tidak aku sendiri tidak mengetahuinya... yg pastinya,hati aku terasa amat perit sekali kerana miliki rasa itu... berkali-kali mulutku mengatakan untuk tidak membukanya... namun,jari-jemari ini,fikiran ini,hati ini... tetap berdegil untuk membukanya... sedangkan aku tahu,saat membukanya.. hati aku pasti akan terhiris lagi.... semakin terhiris...  :'( apakan daya.. aku hanya seorang gadis biasa... dan aku hanya mampu menangis sendirian... mengusap air mata ini sendiri... menghiburkan sendiri diri ini.........

*** hei2.. jangan tengok gambar 2 lama2.. hehe gambar hiasan je k... (^_^) ika suka tengok gambar2 ni... setiap gambar ada makna dia yg tersirat... so??? haha korang pk sendiri ea.. wah,dh pukul 1 lebih.. ika xreti nk tdo lagi ke eak... hehe oklah2... nk tdo la ni... pk nk tulis 2 yg lama 2... (kononnya).. ok ya.. enjoy urself... ika dah jadi macam lam gmbr 2.. yg mana 1?? pilih je nk yg mana.... hehe

~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

Di manakah bulan itu??

Bulan... aku amat menyukai bulan.. tatkala hati aku terasa sayu, bulanlah menjadi pengubat kesayuan itu.. ada org pernah berkata... andainya kita merindui seseorang itu.. renunglah bulan itu sedalam-dalamnya.. kerna,saat kita berbuat demikian,pastinya insan yg dirindui kita itu akan melihat bulan yg sama dengan kita.. terus,pastinya dia akan turut sama merindui kita... benarkah?? entahlah... tapi,memang itu yg aku lakukan tiap kali aku merinduinya.... dari dulu, sekarang dan mungkin selamanya... namun,malam ini aku menjadi lebih rindu.... kerana sudah berhari-hari aku tidak dapat menatap wajah bulan yg bercahaya terang.. menerangi kegelapan malam... mungkin kerana hujan kalau difikirkan secara logik... namun,hati terasa sangat sayu.. mengapa? apa mungkinkah dia tidak merindui aku walaupun sedetik?? tidakkah sedetik pun tidak terfikirkan aku?? entahlah.. hanya dia yg mengetahuinya... yang pastinya aku amat merindukannya.. rindukan senyumannya, suaranya.. lawak, gelak dan tawanya... segala-galanya mengenai dirinya.... :'( terasa bagai baru semalam aku mengenalinya... namun, kini dia tiada lagi di sisi aku... untuk memujuk sayu hati ini.. untuk mengukir senyuman di wajah ini.. untuk mengusap setiap tangis sendu ini.. wahai bulan, di manakah engkau? apakah dia sudah tidak merindui aku lagi? di manakah bulan itu?? :'(




*** hehe.. ika pun suka sangat tengok bulan... bila waktu malam.. best taw view dia.... sgt cantik..(^_^) haa,1 g... ika suka tengok hujan... suka sangat tengok air hujan 2 turun.. tapi,kalau lebat sangat ika sendiri pun lari masuk rumah... hehe pernah x korang semua bau hujan??? haha ika pelik kan?? ika suka dengan bau hujan... sebab rasa nyaman n sgt2 tenang.... even malam ni ika xdapat tengok bulan... sokay la sebab ika boleh tengok hujan... hehe erm,teringat plak kt sorg kawan ika ni.. dia dulu suka kata kt ika sebab ika suka tengok bulan... minah bulan dia cakap ika... haha tapi,inilah ika.... memang suka tengok bulan...hujan.... nasib baik xde salji kn?? kalau kt Malaysia ada salji.. wow.... mesti ika lagi suka... hehe (^_^) nk stay kt oversea, xmampu.. dh la xteror nk speaking... kaang xpasai jadi bisu dok sana sebab xreti ckp ngan org... haha

~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

Harapan

harapan ataupun impian.. bak kata org putih, dream.. hehe semuanya berbeza dari segi ejaan dan sebutannya.. tetapi,ya setelah diteliti maknanya hampir sama... harapan mungkin lebih sesuai digunakan ketik memberi ucapan.. mahupun meletakkan sesuatu harapan kepada seseorg.. tetapi impian dan 'dream' hehe membawa makna yg lebih relevan dan hampir sama.. yakni, suatu perasaan ataupun angan2 seseorg individu itu.. terletak kepada diri seseorg itu mencipta impian dan mimpinya sendiri.. lain org,lain lah impiannya kn...begitu indahnya ciptaan Yang Esa.. memberikan manusia kesempatan utk memeliki impian masing2.. tetapi,mencapai impian itu samada tidak terserah la kepada individu itu utk berusaha mengecapinya... Impian aku mungkin hampir sama saja dengan impian semua gadis di luar sana... aku menginginkan sebuah kehidupan yg bahagia..tanpa ada kesengsaraan, kesedihan mahupun kedukaan.. tetapi,kehidupan perlulah ada asam garamnya kn? so,aku xmampu berbuat ap2 selain berserah kepada kehendak dan suratanNya... impian aku hampir tercapai apabila aku mengenali dirinya.. bermula hanya dari perkenalan yg singkat. ya,sgt singkat.. namun,telah mampu menimbulkan perasaan itu. perasaan ingin disayangi dan menyayangi...dan aku menjadi lebih senang apabila sayangku disambut mesra olehnya... segala janji diucapnya kepadaku... aku hampir tidak mempercayai semua itu kerana di fikiran aku manusia hanya mengucapkan janji2 manis,tetapi utk menepatinya belum tentu... namun, kepercayaan telah aku berikan kepadanya sesaat kami menjadi lebih rapat kerana hubungan itu diketahui oleh keluargaku.. ya,mereka menyukainya... aku sgt bersyukur.. (^_^) semakin hari perasaan sayang di antara kami semakin bertambah.. dan aku mulai menjadi lebih serius dengan hubungan ini.. aku menyimpan 1001 impian.. untuk terus bersamanya ke akhir hayat aku... terserah di luar sana ingin bercerita mengenai aku.. terpulang.. aku tidak peduli... pada aku,selagi kita menjaga hati masing2.. selagi kita menghormati sama lain.. pastinya hubungan ini dapat dikekalkan.... tapi,impian aku terus punah sekelip mata...  tiada siapa yg perlu dipersalahkan dalam hal ini.. tiada yg bersalah... memang inilah realiti kehidupan.. andainya indah kiranya hidup seperti drama,seperti novel dan filem... walau apa jua halangan dan rintangannya pastinya kesudahan itu akan membahagiakan hero dan heroin yg menjadi watak utama penceritaan itu... namun,dalam kehidupan realiti.. semua punyai impian yg sama utk mempunyai 'happy ending'.. tetapi,hanya segelintir yg mampu menggapainya.... ada jugak yg mengatakan cinta itu ibarat hantu.. semua org bercerita mengenainya.. namun,hanya segelintir yg mampu menemukannya.... aku terpaksa menerima kehadiran aku tidak diingini oleh sesetengah pihak.. tidak,dia tidak salah.. mungkin kerana aku sendiri juga menyebabkan ketidakinginan itu terjadi....perbezaan yg terlalu ketara antara kehidupan kami berdua... tetapi, 'Agi idup agi ngelaban'.... menaikkan kembali semangat aku utk terus berusaha tanpa berputus asa dan tanpa berpatah balik ke belakang demi mengejar sebuah impian yg telah aku cipta bersamanya... ya,aku tidak ingin berhenti berusaha... tetapi apakah usaha ini mampu berhasil kiranya usaha itu hanya dari aku? seorg insan yg lemah ini? hmm.. apa yg aku mampu katakan.. terserahlah kepada dia bagaimana ingin menilai aku...tetapi inilah aku... xkan berhenti berusaha sehinggalah tiada lagi jalan penyelesaiannya....



*** ok2... penulisan ika berhenti di sini... boleh wat novel x agak2?? hehe saje bosan2... mulalah ika nk mengarang macam2 ni... haa,lupa nk gtaw... harini ika cuti.. ye lah... Maulidur Rasul... bos ika ni islamic k.. so,semestinya dia akan memberi cuti pada hari2 sebegini.... ok lah...haaa, ika nk ubah imej la.. haha agak2 ap akan jadi??? perubahan gaya ika memakai tudung sudah ditegur kakak ika... katanya.. ika nmpak matang dari usia ika... ada yg kata its nice (baru tawu ke ika memang nice?) hehe mula la 2 nk perasan habis... hehe next,ika nk cuba bermain dengan warna... hahaha.. phm x?? maksudnya mungkin nk cuba sesuatu yg ika belum pernah pakai... mungin menggabungkan warna-warna yg ceria... haha oh ya, 1 more.. ika teringin nk pakai dress panjang n then pakai cardigan.. wow,agak2 kalau ika pakai cam2 nmpk cmne yea??? hehe
~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

Kesilapan...

kesilapan, kesalahan mahupun kekhilafan.. perkataannya berbeza.. sebutannya juga berbeza.. tetapi maknanya sama iaitu melakukan sesuatu yg tidak sepatutnya dilakukan... setiap insan, mahkluk yg bernyawa di muka bumi milik Yang Esa ini tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan... begitu juga aku. aku hanyalah insan biasa yg kuat dari luarannya.. tetapi,inilah aku yg sebenarnya... insan yg lemah dari dalamnya... aku juga telah melakukan suatu kesilapan yg jelasnya telah mengubah perjalanan kisah hidup ini.. namun,apa yg mampu aku lakukan.. aku tidak punyai mesin masa yg boleh aku gunakan utk kembali ke masa lalu.. utk betulkan kesilapan yg telah dilakukan... supaya segalanya berjalan lancar seperti ap yg aku inginkan... tetapi.. apakan daya.. inilah realiti kehidupan.. masa lalu tidak dapat dikembalikan... namun,tiada lagikah secebis peluang utk diri ini menebus suatu kekhilafan yg telah dilakukan? aku masih belum diberi kesempatan utk menemuinya, sebaliknya aku sudah dibenci... adilkah ia? hanya kamu yg menentukannya.. aku sekadar meluahkan ap yg terbuku di hati.. ya,aku sedar.. aku tidaklah semulia Siti Khadijah.. mungkin juga tidak setabah Sumaiyyah.. inilah aku.. seorang insan yg dipenuhi angan-angan, harapan juga sebuah impian... kini telah aku sedari.. begitu kerdilnya aku di muka bumi ini.. siapalah aku utk menilai segala-galanya.. biarlah apa yg org menyangka tentang diri ini.. biarlah mereka terus bercerita.. hanya aku yg mengenali diriku sendiri.. Ya Allah.. ini kesilapan aku sendiri.. kuatkan aku utk menebusnya kembali.. mungkin aku tidak mempunyai peluang itu lagi,tetapi biarlah aku menjadi yg terbaik di hatinya.. biarlah kenangan itu pergi dengan indahnya... biarlah aku menebusnya dengan kesetiaan yg suci... Ya Allah... tiupkanlah kekuatanMu utkku.. agar dapatku mengubah rasa ini kepada suatu rasa yg lebih Agung yakni ke jalan yg diredhaiMu Ya Allah... Ya Allah,andainya dia bersikap jujur denganku Ya Allah.. hilangkanlah rasa ragu-ragu di hati ini.. relakanlah hati ini utk melepaskannya pergi jauh dari sudut hati ini... biarlah dia bahagia dalam hidupnya...




*ppsssttt... oops,sorry.. saje je hari ni ika nk wat feel sikit.. oh ya... perhentian ika dalam menulis blog selama 3 hari ini agak membantu ika lah..(walaupun xberapa membantu).. perkara biasa la 2... haha erm,ok psal hal 2??? rr.. xyah ckp dh la kot.. ika dh dpt hlgkn sikit dengan bantuan dariNya... (^_^) tapi,lumrah la hati ni still terasa... haha nk feel blik la 2.. oopss... ok2... aa.. tpi menjadi suatu kebiasaan bila ika bkak fb,pastinya profile dia yg akn ika bkak dlu.. ahaha... hati ni rasa xsenang kalau xbkak.. oh ya,awk.. teruskn menulis sgala2nya di situ yer.. blh jgak sy membacanya.. at least,ika tawu ap yg dia wat.. sihat x... bla...bla...bla.... okeyh.... bak kata kumpulan OKEY ~~ Ku relakan dikau pergi~~ hahaha oke... daa.... oh  ya,selamat pagi... Valentine??? oh,tidakk... Islam mengharamkannya... ingt,15hb... Maulidur Rasul.... dahulukan hal Akhirat ya kawan2.. (^_^)
~ Biar aku hilang segalanya, namun aku tidak akan pernah menyesal untuk menyintaimu ~

::| EikaSharif Design. 2013. All rights reserved © |::